Header Ads

'Rekod Penjara Dibersihkan Serta Merta.' DS Anwar Ibrahim Dibebaskan Sepenuhnya Tanpa Sebarang Syarat Oleh Agong..


Pada tanggal 16 Mei 2018, pasti bakal menjadi satu tarikh yang akan diingati oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau telah dibebaskan sepenuhnya tanpa sebarang syarat oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad ke-5.

[LAPOR LANGSUNG] Kini, bebas ...

Anwar juga berkata semua rekod beliau dipenjara selama ini juga turut dibersihkan serta-merta. Tarikh ini juga bakal diingati oleh seluruh rakyat Malaysia apabila gandingan Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir amat dinantikan.


Beliau juga menyatakan bahawa beliau akan memberikan sokongan sepenuhnya ke atas pimpinan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu dan akan membantu sekiranya diperlukan.


Perkara itu dijelaskan melalui satu sidang media yang diadakan di kediaman beliau di Bukit Segambut. Sebelum sidang media bermula, kakitangan Jabatan Penjara Malaysia juga turut mengadakan sedikit upacara ringkas memohon bersurai dari Datuk Seri Anwar selepas tugas mereka mengiringi Anwar Ibrahim sehingga ke kediaman beliau selesai.


Anwar yang diiringi isteri tercinta, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mengucapkan rasa syukur tak terhingga apabila seksanya selama ini telah berakhir.


Salah seorang wartawan juga bertanya, adakah hubungan beliau dengan Tun Mahathir sudah kembali pulih selepas apa yang mereka lalui sepanjang pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-4 dahulu. Jawapan beliau kepentingannya sekarang adalah negara Malaysia dan konflik beliau dan Tun M sudah lama berakhir.

No comments

Powered by Blogger.