Header Ads

Qari & Qariah Malaysia Johan Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-60..



KUALA LUMPUR: Qari dan qariah Malaysia, diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-60, malam ini.

Abdullah Fahmi Che Nor memperoleh 92.09 markah, manakala Suhailah Zulkifly mendapat 92.05 markah.


Kemenangan itu membolehkan mereka membawa menerima kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000.

Qari dari Iran, Mokhtar Dehghan Estajroudi mendapat tempat kedua, manakala tempat ketiga, Salah Eddine Haissam (Algeria).


Qariah dari Indonesia, Khamisatudduha Abdul Wahab menduduki tempat kedua, manakala tempat ketiga, Widadul Wahidah Mahamod (Singapura).

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang bagi kategori tilawah dan hafazan.


MTHQA Ke-60 diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 7 hingga 12 Mei dan membabitkan penyertaan 87 negara termasuk Malaysia.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha.

No comments

Powered by Blogger.