Header Ads

"Pulangkan Tanah Kami!!!! Rakyat Palestin Desak Kerajaan Zionis Kembalikan Hak Milik Mereka Yang Telah Dirampas...


Peluru tentera rejim Zionis langsung tidak menggentarkan rakyat Palestin malah semalam ribuan masih lagi berkumpul di sempadan Gaza-Israel, bagi menyertai Great Return March bertujuan mendesak kerajaan haram itu mengembalikan tanah mereka yang dirampas, biarpun jumlah kematian kini meningkat kepada 42 orang.


Demonstrasi aman Great Return March atau Perarakan Pulang Besar-Besaran itu dilancarkan pada 30 Mac lalu dan dijadualkan berakhir 15 Mei ini.

f

Penyelaras Media Aman Palestin di Gaza Hamza Deirawi, ketika dihubungi berkata, jumlah peserta menyertai demonstrasi meningkat kepada puluhan ribu orang pada setiap Jumaat.

“Apa yang menyedihkan, majoriti rakyat Palestin yang hadir menyertai demonstrasi berkenaan sebenarnya dalam kelaparan, namun, semangat mereka tetap teguh demi menuntut hak (tanah).


“Bantulah kami (Aman Palestin) dengan menghulurkan bantuan kewangan yang akhirnya dapat disampaikan kepada mereka (rakyat Palestin). Juga teruskanlah berdoa untuk seluruh Palestin,” katanya.

Hamza berkata, laporan rasmi pihak berkuasa Palestin setakat ini mengesahkan 42 peserta demonstrasi terkorban termasuk kanak-kanak.

“Peserta yang maut membabitkan 38 dewasa dan empat kanak-kanak. Manakala 5,500 lagi dilaporkan cedera termasuk 233 kanak-kanak.

“Rejim Israel kini mensasarkan semua golongan usia terutamanya kanak-kanak. Malah, wartawan juga dibunuh dipercayai bagi mengelakkan situasi sebenar di Gaza, dilaporkan kepada dunia,” katanya.

Hamza berkata, tentera Israel bukan sahaja melepaskan tembakan peluru getah atau pun gas pemedih mata sebaliknya menggunakan peluru hidup dalam setiap serangan mereka.

Terbaru, kelmarin (Ahad) tentera Israel mula melakukan serangan udara yang meragut tiga lagi nyawa. Serangan itu dilakukan di kawasan pelabuhan di Gaza,” katanya.

Menurut Hamza, antara keperluan mendesak rakyat Palestin sekarang adalah ubat-ubatan, makanan dan tempat tinggal.

“Bekalan elektrik pun sudah lama terputus, namun yang menjadi keutamaan sekarang adalah makanan dan ubat-ubatan. Beberapa hospital melaporkan bekalan ubat-ubatan dalam simpanan mereka juga sudah semakin kurang.

“Jumlah korban dan kecederaan dijangka meningkat kerana Great Return March, hanya akan berakhir pertengahan Mei ini,” katanya.

Great Return March, bermula 30 Mac lalu itu adalah bersempena 70 tahun peristiwa hitam Nakbah iaitu penubuhan negara haram Israel yang diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.



sumber Mymetr0

No comments

Powered by Blogger.