Header Ads

"Perkara Mudah, Tapi Sukar Nak Jadi Amalan." 9 Perkara Kecil Boleh Buat Pasangan Suami Isteri Gembira Setiap Hari



Seharusnya apabila kita berada dalam satu perkahwinan, kita ingin melayarinya dengan penuh ketenangan dan kasih sayang. Tidak perlu terikut-ikut kisah “happily ever after” seperti Cinderella, Sleeping Beauty atau Snow White, cukup sekadar merencana kisah cinta sendiri dengan pasangan. Tidak perlu juga hadiah mahal seperti kereta besar, barang kemas, wang berjuta atau beg tangan mahal tetapi cukuplah dengan kasih sayang tulus suci dan perkara-perkara sweet yang mampu buat kita tersenyum setiap hari.

Apa yang pasangan bahagia lakukan untuk kekal gembira? Ikuti 10 tips kami di bawah:


1. Mereka berkomunikasi


Berkomunikasi adalah cara penguat ikatan kasih sayang. Berkomunikasi dengan tulus sekurang-kurangnya sekali sehari sudah cukup untuk menghapuskan segala salah faham. Sekiranya anda terganggu tentang perkara-perkara tertentu atau tidak bersetuju dengan tindak tanduk pasangan, berkomunikasilah.

Berkata-katalah dengan perkataan yang baik, jangan berleter atau mencari kesalahan pasangan. Hargai sifat positif pasangan dan selalulah memuji beliau. Kongsikan dengan pasangan apa aktiviti anda seharian ketika beliau di tempat kerja, dan dengarlah cerita beliau. Dengan cara ini, anda berdua sentiasa tahu perkembangan semasa sesama sendiri.



2. Mereka mengembangkan minat bersama

Berkongsi minat terhadap sesetengah perkara (bukan semua) adalah tanda perhubungan yang sihat. Pasangan bahagia berasa seronok apabila ditemani pasangannnya, tidak kira apa yang mereka lakukan.

Related image

Contoh paling mudah adalah cinta dan minat bermain-main dengan anak. Memang comel apabila ayah, ibu dan anak-anak bermain dan bergurau bersama. Anak tergelak-gelak apabila digeletek ayah, sambil ibu di tepi tergelak-gelak memerhatikan ragam ayah dan anak.

Mereka juga mencari dan mengembangkan minat bersama. Sebagai contoh, anda suami isteri mungkin minat memasak – luangkan masa untuk masak sesuatu yang istimewa dari semasa ke semasa. Atau anda berdua minat berlari – daftarkan diri anda dan pasangan ke dalam pertandingan marathon bersama-sama.

Image result for muslim couple

3. Mereka menghabiskan masa bersama

Dengan kehidupan yang bergerak pantas, agak sukar mencari waktu senggang untuk bersantai bersama. Pasangan bahagia selalu mencari masa untuk menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam setiap minggu untuk bersama. Berjumpa untuk makan tengahari atau membeli barang keperluan harian berdua.

Hari minggu pula buat sesuatu yang lebih menggembirakan. Seperti menonton wayang atau pergi berkelah di taman.

4. Mereka berpelukan

Pasangan bahagia bermanja dengan berehat di bawah selimut sambil berpelukan. Tahukah anda kajian menunjukkan menghidu bau pasangan semasa berpelukan mempunyai kesan positif terhadap hubungan anda?


Bau badan pasangan anda mempunyai bahan kimia tertentu yang menghasilkan keselesaan atau rasa selamat kepada diri kamu. Berpelukan adalah reaksi istimewa terhadap hubungan yang sihat.

5. Mereka mengatakan “I love you”

“I love you” adalah perkataan ajaib. Hanya 3 perkataan, tetapi kata-kata keramat ini mampu memberi semangat kepada pasangan setiap kali diungkapkan sebelum pergi ke tempat kerja dan memberi kelenaan setiap kali diungkapkan sebelum tidur. Pasangan akan gembira dengan menifestasi verbal ini. Bak kata boy band popular satu masa dahulu, Boyzone, “it’s only words, and words are all I have, to take your heart away.”

Related image

6. Mereka pemurah dengan ciuman di pipi

Sebelum pergi ke tempat kerja atau ketika baru pulang ke rumah beri ciuman di pipi beserta pelukan manja kepada pasangan setiap hari. Ia mampu mengukir senyuman di bibir pasangan, wajarlah mereka berasa gembira setiap hari.

7. Mereka suka bergurau

Salah satu tanda pasangan itu gembira ialah mereka suka bergurau dan berkongsi tawa. Membuat lawak dari semasa ke semasa dapat menjadikan hari yang biasa menjadi lebih bersinar. Memerhatikan pasangan ketawa juga memberi impak yang positif buat diri kita sendiri. Jadi, berguraulah selalu.

8. Mereka meletakkan handphone di tepi

Setiap hari sudah cukup sibuk di tempat kerja. Di rumah pula, kena menghabiskan masa seperti memasak, makan dan tidur. Apa sahaja baki masa yang ada, gunakan untuk menghiburkan satu sama lain. Berhenti layari internet atau bermain game, dan tekan off pada setiap peranti. Perhatikan wajah pasangan dan buat aktiviti bersama. Anda akan sukakannya!

Related image

9. Mereka merancang masa hadapan bersama

Pasangan bahagia tidak takut merancang masa hadapan bersama. Pasangan bahagia berbincang secara mendalam tentang perancangan masa hadapan. Dari segi anak-anak, pekerjaan, perancangan kewangan, membeli rumah atau percutian. Perancangan bersama menjadikan ikatan kasih sayang semakin kuat. Pasangan akan menghargai anda meminta dan mengambil kira pandangannya untuk bergerak ke hadapan.

Kesimpulannya, pasangan bahagia adalah dua orang individu dengan karakter berbeza yang komited untuk menyayangi satu sama lain. Mereka memahami perbezaan ini dan mereka mengamalkan amalan give and take yang sihat. Mereka juga suka mengambil hati antara satu sama lain. Tidak perlu perkara-perkara yang besar, 9 perkara kecil ini sudah cukup untuk mencipta happily ever afteranda sendiri!


sumber:vocket

No comments

Powered by Blogger.