Header Ads

“Pekerja Kontrak Lantikan Politik Akan Ditamatkan Perkhidmatan Semuanya,” Tun M..



PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pekerja kontrak lantikan politik akan ditamatkan perkhidmatan mereka.

Ini kerana menurut Dr Mahathir, terdapat ramai pekerja berkenaan yang dilantik oleh pimpinan kerajaan sebelum ini dan ia merupakan pembaziran.


“Kita akan turunkan perbelanjaan kerajaan kerana ada banyak pembaziran. Terlalu banyak pegawai kontrak.

“Pegawai kontrak ini ada keperluan pentadbiran. Ada juga lantikan politik. Bagi lantikan politik kita akan tamat semuanya,” katanya pada sidang media, hari ini.

Bagaimanapun menurut Dr Mahathir, pekerja kontrak yang bergaji rendah seperti pemandu akan diselamatkan untuk menjamin masa depan mereka.

“Ada kes-kes seperti pemandu lantikan politik tetapi bergaji rendah dan ini akan menyusahkan kalau tiba ditamatkan kerja. Kita akan beri jawatan lain yang sesuai dengan kelayakan mereka.


“Ini yang sedang dilakukan dan memang mengambil masa. Penyelesaian dan keputusan kebanyakan oleh saya sendiri,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.