Header Ads

‘Pasangan Pengantin Maut Dalam Kemalangan Beberapa Jam Sebelum Disatukan’.Majlis Perkahwinan Bertukar Jadi Majlis Pengebumian..

Luana dan Rodrigo sepatutnya berkahwin pada 11 pagi di Gereja Passos, selatan Brazil, Khamis sebelum meningga dunia akibat kemalangan jalan raya. - Metro UK

DETIK gembira yang dinanti-nantikan oleh bakal pasangan suami isteri ditakdirkan nasib tidak menyebelahi mereka walaupun persiapan majlis perkahwinan hampir lengkap sepenuhnya.

Tragedi melanda apabila Luana Alves, 36 tahun, dan pengantin lelakinya, Rodrigo Nogueira, 31, yang dalam perjalanan membuat persiapan akhir untuk detik bersejarah itu, terlibat dalam satu kemalangan.


Hanya tinggal beberapa jam sebelum bergelar suami isteri, majlis perkahwinan bertukar menjadi upacara pengebumian.

Menurut laporan Metro UK, pasangan itu sepatutnya berkahwin pada jam 11 pagi di Gereja Passos, selatan Brazil, Khamis lalu.

Menurut polis, Rodrigo didakwa cuba mengelak kenderaan lain mengakibatkan telah bertembung dengan sebuah kereta.


Luana menghembus nafas terakhir di tempat kejadian manakala Rodrigo pula disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dikejarkan ke hospital dalam keadaan cedera parah.

Image result for Couple's Wedding Turned Into Funeral After Both Die Hours Before

Saudara mara yang tiba untuk meraikan majlis perkahwinan mereka terkejut dengan insiden berkenaan, bagaimanapun mereka segera menyiapkan urusan pengebumian pasangan itu.


Upacara pengebumian diadakan pada keesokan harinya, di gereja yang sama di mana bakal raja sehari itu sepatutnya melangsungkan perkahwinan.

Sementara itu, pemandu kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan tersebut, Jorge Rocha, 50, dikejarkan ke hospital tempatan, Hospital Alzeira Velano namun meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah.

No comments

Powered by Blogger.