Header Ads

Parlimen Lulus Undang-Undang Potong Gaji 20% Anggota Kabinet..



WARSAW: Penggubal undang-undang Poland semalam, mengundi bagi melaksanakan potongan sebanyak 20 peratus terhadap jumlah gaji yang diperoleh kerajaan konservatif yang memerintah, susulan kritikan orang ramai mengenai bonus yang diterima menteri Kabinet, tahun lalu.

Dewan Rakyat meluluskan deraf rang undang-undang yang turut terpakai ke atas senator itu dengan 240 undi menyokong dan dua undi menentang, manakala lima lagi tidak hadir.


Sebahagian besar anggota parti pemerintah, iaitu parti Law and Justice (PiS) yang menguasai kedua-dua dewan di Parlimen menyokong undian itu.

Related image

Namun, wakil dari tiga parti pembangkang tidak mengambil bahagian dalam proses undian dalam dewan yang mempunyai 460 kerusi berkenaan.


Ketika ini, penggubal undang-undang Poland memperoleh gaji kasar kira-kira AS$2,800 (RM11,186) sebulan.

Deraf undang-undang itu diumumkan bulan lalu oleh ketua PiS, Jaroslaw Kaczynski, yang disifatkan sebagai penentu sebenar keputusan walaupun tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan. - AFP

No comments

Powered by Blogger.