Header Ads

Padah Tidak Ikut Arahan Di Taman Safari, Keluarga Ini Hampir Di Serang Oleh Harimau Bintang..



SEBUAH keluarga keluar dari kereta mereka sebanyak dua kali untuk mengambil gambar beberapa ekor cheetah yang sedang berkeliaran di sebuah taman safari di Belanda.

Perkara pertama yang diberitahu kepada pengunjung apabila melawat taman safari itu adalah jangan sesekali keluar dari kenderaan walau berdepan apa jua keadaan.


Gagal mematuhi peraturan paling penting ini boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kematian yang datang daripada haiwan pemangsa liar yang sedang berkeliaran.

Image result for Stupid Family Gets Out Of Car Only To Be Chased By Cheetah

Tetapi risiko itu nampaknya tidak cukup menakutkan untuk sebuah keluarga dari Perancis yang melawat taman safari Beekse Bergen, yang terletak di selatan Belanda, itu.

Mereka bertindak keluar dari kereta bersama anak-anak yang masih kecil, untuk merakamkan gambar cheetah yang lebih baik.



Tindakan mereka diketahui melalui sebuah video tular, menunjukkan keluarga tersebut yang terdiri daripada tiga wanita dan tiga anak kecil keluar dari sebuah kereta untuk mengambil gambar sekumpulan cheetah yang sedang berehat di kawasan berumput pada jarak beberapa meter.

Image result for Stupid Family Gets Out Of Car Only To Be Chased By Cheetah

Pertama kali keluar dari kereta, haiwan itu seolah-olah mengabaikan pelancong tersebut, yang akhirnya kembali masuk ke dalam kenderaan dan meneruskan lawatan.


Dalam satu keadaan, kumpulan cheetah itu dilihat berlari menuju ke arah keluarga dari Perancis itu yang sekali lagi keluar dari kereta di kawasan lain untuk mengambil gambar di luar kenderaan.

Tidak seperti sebelum ini, kumpulan haiwan itu bukan sahaja menyedari kehadiran mereka, tetapi sempat mengelilingi dan bersedia menyerang mereka.


Salah seorang wanita yang menyedari bahaya itu segera berlari masuk ke dalam kereta, bersama seorang lagi kanak-kanak.

Tetapi seorang lagi wanita yang sedang mendukung anak kecil nampaknya tidak begitu peduli dengan kehadiran kumpulan cheetah itu.

Dia hanya berjalan ke arah kereta, menghalau binatang bahaya itu dengan tangannya.

Percaya atau tidak, mereka semua kembali ke kereta dengan selamat, satu perkara yang dianggap ajaib.


Jurucakap taman safari Beekse Bergen mengesahkan kesahihan video tersebut yang dirakamkan oleh pelancong lain dan menambah taman itu telah memberi amaran kepada pelawat untuk tidak meninggalkan kenderaan mereka dan memaklumkan tentang bahaya berinteraksi dengan haiwan liar.

"Kami beritahu pelawat tentang risiko dalam beberapa bahasa," kata jurucakap itu kepada Radio NOS.

Pengurus taman itu Niels de Wildt berkata, salah satu sebab mengapa keluarga itu tidak dicederakan kerana kumpulan cheetah tersebut berada dalam jadual makanan, jadi mereka tidak terlalu lapar ketika itu.

Bagaimanapun, orang ramai harus tahu bahawa haiwan tersebut adalah pemangsa yang tindakannya tidak menentu.

"Mereka sangat bertuah," kata Wildt.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.