Header Ads

Najib Letak Jawatan Presiden UMNO & Pengerusi BN, Zahid Hamid Ambil Alih..


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini umumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta.


Mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Biro Politik UMNO hari ini, Najib berkata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan menjalankan tugas Presiden parti.



Beliau berkata seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pula akan menjalankan tugas Timbalan Presiden.


"Saya berterima kasih kepada semua ahli UMNO sejak saya mengambil jawatan dan yakin jasa UMNO dan BN besar kepada negara kita," katanya.

Beliau juga berkata BN dan UMNO menerima dengan hati terbuka keputusan rakyat tidak memilih parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14.


Najib juga berkata beliau tidak akan meninggalkan UMNO dan akan terus menyokongnya.

Sumber: Berita Harian

No comments

Powered by Blogger.