Header Ads

Mitos Senggugut Dan Istihadhah, Beza Warna Darah Dan Kaitan Dengan Penyakit Ikuti Penjelasan Jururawat Ini


Datang bulan dengan wanita adalah dua benda yang tidak boleh dipisahkan memandangkan ia fitrah semula jadi mereka. Bagaimanapun kami pasti, ramai pembaca kami yang bergelar wanita masih tidak faham sepenuhnya mengenai datang bulan atau haid ini.


Menurut seorang jururawat, Bel Nawhen, wanita sepatutnya tahu mengenai perubahan warna darah haid yang berlaku kerana ia mempunyai tanda-tanda penyakit tertentu. Selain itu, wanita juga perlu tahu cara mebezakan haid dengan istihadhah kerana ia melibatkan soal ibadah sebagai seorang Muslimah selain mejelaskan beberapa mitos yang dipercayai ramai wanita mengenai haid.

Nak tahu lebih lanjut perkongsiannya? Jom baca artikel di bawah.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Haid

1. Warna haid yang normal adalah warna terang.

2. Jika overwork atau baru memulakan aktiviti berat, ada waktunya anda tidak akan datang haid atau menganggu kitaran haid anda.

3. Jika haid diiringi dengan warna kelabu/discharge yang keluar bersama haid (warna luar biasa) menandakan berkemungkinan terdapat jangkitan alat kelamin/kanser pangkal rahim.

4. Haid normal yang keluar = 30mls

Jika haid melebihi 80mls = menandakan tidak normal atau ada pengeluaran ketulan darah sebesar 50sen.


Jika anda mengalami perdarahan luar biasa atau kadar kekerapan menukar pad lebih dari dua kali (dengan pad full soaked with blood/fresh blood), rujuk dengan doktor anda.

Mitos haid:

1) Datang haid tidak bermakna anda tidak boleh hamil.
  • Jika anda bersetubuh dengan suami di hujung kitaran haid (hari ke 6-7), anda boleh hamil.
  • Kerana sperma boleh bertahan sehingga 3 hari selepas bersetubuh dan mana tahu waktu subur anda adalah pada hari ke 8-9 selepas haid.

2) Tidak boleh mandi/basuh rambut ketika haid.
  • Tidak ada istilah riang roma terbuka semasa haid. Kadangkala kerana perubahan hormon sewaktu haid, bau badan anda akan lebih ketara maka anda perlu mandi.

3) Jangan minum air berkarbonat/gas kerana bimbang pengaliran darah haid terjejas.
  • Sebenarnya ia lebih memberi rasa tidak selesa ekoran rasa kembung atau symptom segugut.

4) Jangan makan timun sewaktu haid sebab ia sejuk.

  • Timun merupakan makanan yang banyak antioksida dan elok untuk tubuh.

5) Senggugut disebabkan oleh air sejuk.
  • Senggugut didefinisikan sebagai kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Ia tidak ada kena mengena dengan air sejuk.

6) Tidak boleh berenang dan bersukan semasa haid.
  • Ikutkan, bersukanlah boleh merelakskan minda dan mengurangkan muscle cramp dan tidak ada pengeluaran haid semasa berenang.

Persoalan biasa tentang haid:

Apa caranya untuk membezakan antara darah haid dan darah istihadhah jika seorang wanita menghadapi masalah keluar darah yang berterusan atau melebihi tempoh kebiasaan haid?




Berdasarkan hadis Nabi s.a.w., ada tiga kaedah untuk ia membezakannya;

1. Dengan merujuk kepada kebiasaan haidnya yang lalu.

Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. kepada Wanita yang istihadhah pertamanya hendaklah merujuk kepada kebiasaan haidnya (yakni darah-darah yang keluar pada hari-hari kebiasaan haid adalah darah haid dan adapun yang keluar pada hari berikutnya adalah istihadhah).

Ini berpandukan hadis dari ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Fatimah binti Abi Hubaisyh r.a telah mengadu kepada Nabi s.a.w.; ‘Sesungguhnya aku kedatangan haid tanpa putus-putus. Apakah aku perlu meninggalkan solat?” Nabi s.a.w. menjawab; "Tidak".

Sesungguhnya itu adalah darah dari urat (عرق), bukan darah haid. (Oleh demikian, janganlah kamu tinggalkan solat pada keseluruhan hari datangnya darah itu), akan tetapi kamu tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Jadi, seorang wanita semasa menghadapi masalah tersebut, jika ia mengingati tempoh kebiasaan haidnya, hendaklah ia mengira bilangan hari haidnya mengikut tempoh kebiasaan tersebut dan darah yang keluar selepas tempoh itu dikira sebagai darah istihadhah dan ia tertakluk dengan hukum wanita istihadhah (bukan wanita haid atau nifas).

Contohnya; jika ia biasa kedatangan haid selama tujuh hari, maka hendaklah ia menetapkan tempoh haidnya selama tujuh hari dan darah yang masih keluar selepas tujuh hari itu dikira istihadhah.

2. Dengan melihat kepada perbezaan darah.

Jika seorang wanita tidak mempunyai kebiasaan haid (kerana baru kedatangan haid atau melupai kebiasaan haidnya), hendaklah dirujuk kepada perbezaan darah.

Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; Fatimah binti Abi Hubaiysh r.a. menghadapi istihadhah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya; “Sesungguhnya darah haid adalah darah berwarna hitam yang dikenali (yakni ia mempunyai bau yang dikenali oleh kaum wanita).

Oleh demikian, jika kamu melihat darah sedemikian, hendaklah kamu menahan diri dari menunaikan solat. Tetapi jika kamu melihat darah berwarna lain, maka ambillah wudhuk dan kerjakanlah solat”. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Hibban dan al-Hakim. Berkata al-Albani; hadis ini hasan soheh).

Hadis di atas menjadi dalil bahawa diambil kira perbezaan sifat darah di mana jika bersifat dengan warna hitam, maka ia adalah haid dan jika tidak, maka ia adalah istihadhah.

3. Dengan merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita.

Sekiranya seorang wanita tidak mengetahui kebiasaan haidnya dan begitu juga ia tidak dapat membezakan darah dengan melihat sifat-sifatnya (yakni warna darah yang keluar adalah sekata), maka ketika itu ia hendaklah merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita iaitu enam atau tujuh hari.

Ini berdasarkan hadis dari Hamnah binti Jahsyi r.a. yang menceritakan; Aku telah kedatangan haid yang banyak dan kuat. Lalu aku datang kepada Nabi s.a.w. untuk meminta fatwa dari baginda. Lalu baginda bersabda; Sesungguhnya ia (bukanlah haid, tetapi) satu tindakan jahat dari Syaitan (hingga menyebabkan kamu lupa kebiasaan haid kamu). Oleh demikian, tetapkanlah tempoh haid kamu enam atau tujuh hari sahaja, kemudian mandilah….(Riwayat Abu Dad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah. Menurut al-Albani; hadis hasan).

Para ibu dinasihatkan untuk mengajar anak-anak gadis mereka tentang haid, kehamilan dan jagaan alat sulit seawal mungkin agar mereka dapat menjalani kehidupan berkualiti dan lebih faham tentang masalah hormon wanita.

Seeloknya diajar tentang cara pemakaian pad denga betul agar anak tidak kekok.

Jangan menjadikan isu haid ini sebagai satu isu yang taboo dan enggan dibincangkan antara ibu dan anak.

Buat si bapa, jangan malulah belikan pad untuk anak/isteri. Itu tanda anda seorang pasangan atau bapa yang mengerti perubahan hormon si isteri/anak yang satu itu.

Notakaki:

Ada beberapa kaum mempunyai pendapat yang berbeza tentang haid dan perubahan fizikal remaja perempuan. Tetapi, benda ini tidak boleh diambil ringan.

Terima Kasih kepada Dr Suhazeli Abdullah atas sumber rujukan.

Sumber : Bel Nawhen

kedit,,siakap keli

No comments

Powered by Blogger.