Header Ads

Mesra Bonanza PETRONAS Sedia Hadiah Lumayan Hanya Leretkan Kad Mesra PETRONAS Je!!




Berita baik buat pemegang Kad Mesra PETRONAS kerana kini PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) melancarkan kempen terbesarnya di seluruh negara, Mesra Bonanza sekali gus menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM3.5 juta.  

Kempen yang bermula pada 16 April hingga 31 Disember tahun ini akan memberi peluang kepada lebih 1,600 pemenang untuk membawa pulang wang tunai, mata ganjaran Mesra, pakej percutian, gajet dan motosikal.  

Malah, kempen itu menyediakan sebanyak 165 hadiah setiap bulan dan 44 hadiah utama bagi setiap dua bulan.




"Antara hadiah utama Mesra Bonanza adalah pakej percutian penuh menyaksikan perlumbaan Formula One (F1); wang tunai berjumlah RM50,000; pakej percutian ke destinasi pilihan; motosikal Yamaha dan televisyen pintar Samsung.  



"Hadiah bulanan pula terdiri daripada telefon pintar Samsung S9, kamera aksi GoPro Hero6 Black, set mainan Lego Speed Champion, baucar beli-belah bernilai RM500 di Lazada dan Watsons serta mata ganjaran Mesra bernilai RM1,000.  

"Bagi merebut semua hadiah istimewa ini, pelanggan cuma perlu berbelanja RM30 dalam satu resit bagi bahan api petrol dan diesel termasuklah barang di Kedai Mesra, dan leretkan Kad Mesra!

Pelanggan yang ingin memenangi hadiah utama hanya perlu mengumpul jumlah pembelian sehingga Rm500 untuk pembelian minyak dan barangan Kedai Mesra dalam tempoh dua bulan dan leretkan Kad Mesra! Untuk peluang menang tiket F1, pelanggan perlu belanja Rm500 untuk pembelian PETRONAS Primax 97dan leretkan Kad Mesra.

Dengan penyertaan sangat mudah dan hadiah yang lumayan, beratus hadiah setiap bulan sedang menanti anda semua. Apa yang perlu anda buat adalah isi minyak di stesen minyak PETRONAS atau beli barangan Kedai Mesra dan leretkan saja Kad Mesra. Untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini, anda boleh masuk terus ke https://www.mymesra.com.my/Promotions-@-Mesra_Bonanza.aspx atau ikuti PETRONASBrands di Facebook, Twitter & Instagram!

No comments

Powered by Blogger.