Header Ads

“Mengalami Sakit Belakang Dan Ketidakstabilan Emosi.”- Pelakon Datuk Aaron Aziz Mengakui Menghidap Penyakit Misteri

Aaron Aziz


SHAH ALAM - Pelakon Datuk Aaron Aziz mengakui menghidap penyakit misteri sejak dua tahun lalu namun berjaya merawat penyakit tersebut menggunakan ayat suci al-Quran selepas berjumpa seorang kenalan yang arif dalam hal agama.


Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz berkata, 42, berkata, akibat gangguan tersebut dia mengalami sakit belakang dan ketidakstabilan emosi.

"Sebelum ini ketika aktif berlakon, saya akui banyak lalai dalam hal agama. Apabila sudah sakit baru ingat Tuhan.


"Baru-baru ini, saya bertemu dengan seorang kenalan yang mengajar saya mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran terutama ayat Ruqiyah. Saya tidak mahu kata saya terkena buatan orang namun saya anggap apa yang berlaku sebagai dugaan daripada Allah SWT," katanya ketika ditemui Kosmo! pada majlis pelancaran kempen Journey To Insyirah bersama jenama kaligrafi, TopKhat di sini.












sumber konline

No comments

Powered by Blogger.