Header Ads

Menantu Gantung Bakul Di Balkoni Jiran, Warga Emas Dipukul Hingga Mati..



TINDAKAN seorang warga emas berusia 78 tahun yang mahu meleraikan pergaduhan berakhir tragedi apabila dia dipercayai mati dipukul anak lelaki jirannya pada Rabu.

Mangsa Tara Chand dikatakan mahu meleraikan pergaduhan di antara anak lelakinya dan anak jiran di Sektor 22 Rohini, New Delhi.


Pegawai polis kanan berkata, anak lelaki mangsa Ravi Prakash Mittal tinggal di tingkat empat manakala suspek, Ishwar Prasad tinggal di tingkat bawah.

Menurutnya, pergaduhan itu berlaku apabila isteri Ravi dikatakan meletakkan bakul di balkoni tingkat bawah kerana mahu mengambil barangan keperluan rumah daripada penjual yang menunggu di luar.


Tindakan itu menyebabkan Ishwar berang lalu berlaku pertengkaran berhubung perkara itu.

"Ravi kemudian memaklumkan kepada mangsa berhubung perkara itu sebelum warga emas terbabit cuba menyelesaikan masalah tersebut.

"Ketika pertengkaran berlaku, suspek dikatakan memukul mangsa hingga terbaring ke tanah," katanya seperti lapor portal Times of India.


Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran sebelum doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Polis kemudian mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh lalu menahan suspek.

Sumber: Astro Awani

No comments

Powered by Blogger.