Header Ads

"Kerana Jagung" Adik Sanggup Melibas Abangnya Dengan Parang..

sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki ditahan polis bersama sebilah parang di sebuah rumah di Kampung Bahru, Mak Mandin, Butterworth di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi selepas didakwa melibas kepala seorang warga emas hingga parah.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek berusia 53 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati kerana mangsa didakwa mengambil jagung yang ditanamnya.


"Suspek dikatakan bertanya kepada mangsa dari mana dia mendapat jagung yang sedang direbus dan mangsa memberitahu dia telah memetiknya dari belakang rumah. 

"Ekoran daripada itu, pertengkaran telah berlaku sebelum suspek yang berang telah mengambil sebilah parang dari dapur lalu melibas mangsa sehingga terkena pada kepala," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.



sumber:Konline

No comments

Powered by Blogger.