Header Ads

“Kerajaan Baru Tak Akan Balas Dendam, Tapi Kalau Didapati Salah, Terimalah Padah”. Ujar Tun M..



Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi berkata kerajaan baru tidak akan membalas dendam kepada perdana menteri keenam Datuk Seri Najib Razak.


Bagaimanapun, kata calon perdana menteri Pakatan Harapan, kedaulatan undang-undang akan dikembalikan.

“Kerajaan ini akan mengangkat kedaulatan undang-undang. Tidak akan ada balas dendam.


“Bagaimanapun, katakanlah Najib buat salah, beliau akan terima padahnya,” katanya dalam sidang media.

Najib terpalit dakwaan skandal 1MDB. Beliau bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.


Kredit: malaysiakini

No comments

Powered by Blogger.