Header Ads

"Kemenangan Ini Hanyalah Satu Permulaan." – Buktikan ‘Anak Kucing’ Mampu Mengaum, Ini Ucapan Syed Saddiq..



Kemenangan calon dari Pakatan Harapan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mewakili Parlimen Muar malam tadi betul-betul membuatkan orang ramai teruja. Meskipun masih muda, Syed Saddiq berjaya menawan hati pengundi sekaligus menewaskan penyandang selama tiga penggal kerusi iaitu, Datuk Seri Razali Ibrahim dari BN.

Di Instagram, Syed Saddiq berterima kasih kepada pengundi yang memberi kepercayaan dan menyokongnya. Memang bersemangat betul baca ucapan dari Syed Saddiq ini, all the best!

Terbukti kuasa mengubah di tangan rakyat


Tanggal 9 Mei 2018 adalah tarikh bersejarah di Malaysia. Saya percaya pengalaman Pilihan Raya ke 14 ini telah mematangkan saya dan membuatkan saya merasa takzim akan kerdilnya diri ini. Sesungguhnya, ia terbukti bahawa kuasa mengubah dan membawa Malaysia ke arah yang lebih baik adalah di tangan rakyat.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and outdoor 

.
.
Jujurnya, keputusan PRU14 di Parlimen Muar ini adalah hasil tenaga dan keringat anggota pasukan Muar, sukarelawan dan sumbangan ikhlas rakyat Malaysia. Anda adalah inspirasi kepada anak muda bernama Syed Saddiq.

.
.
Kepada lawan saya di Muar, saya ucapkan tahniah dan menghulur tangan persahabatan dan kerjasama ke arah membangunkan dan memajukan Muar sebagai Mutiara Johor. Saya percaya impian dan harapan saya menjadikan Muar sebagai enjin ekonomi Utara Johor akan lebih cerah andai kerjasama erat dicapai antara semua.

Kemenangan ini hanyalah satu permulaan

Saya tidak pernah dan tidak akan mengamalkan politik dendam. Rakan-rakan UMNO dan PAS tetap mempunyai peranan di dalam rancangan Muar dan Malaysia saya. Janji saya, masa depan anda tidak akan malap hanya kerana saya dipilih mewakili rakyat bagi penggal ini.

.
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, indoor and closeup
Syed Saddiq bersama ibunda tercinta

.
Saya sendiri pernah menjadi mangsa politik dendam dan kepartian hanya kerana perbezaan pandangan di dalam politik. Karier saya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ditutup rapat. Anak murid saya dihalang dari menyertai pertandingan debat di peringkat dunia hanya kerana saya adalah gurunya. Politik dendam ini akan saya hapuskan agar semua tidak menimpa nasib yang serupa dengan saya. Era politik matang akan kita mulakan.

.
.
Kemenangan ini hanyalah satu permulaan. Saya tak masuk dunia politik untuk menang. Saya masuk untuk membela nasib anak muda. Saya masuk untuk kembalikan kuasa kepada rakyat supaya tidak akan ada mana mana pemimpin politik atau parti politik yang akan terlalu berkuasa. Saya masuk untuk memastikan Malaysia will rise once more as the Asian tiger. Together, we can do the impossible my fellow Malaysians.
.
.
Regards,
SYED SADDIQ
Sumber : Syed Saddiq

No comments

Powered by Blogger.