Header Ads

''Kalau Semudah Telan Dah Boleh Sihat, Tak Adalah Orang Sakit Di Muka Bumi'' Doktor Ini Selar Masyarakat Yang Masih Terpedaya Dengan Produk Kesihatan Kilo Yang Merapu..




Perkongsian oleh Doktor Erna Nadia melalui laman facebooknya ini mungkin boleh dijadikan panduan buat semua di luar sana. Ikuti saranan beliau, ubah cara hidup sihat bukannya bergantung dengan penggunaan produk sebegini yang tidak diketahui kesannya. Semoga bermanfaat.

Namun begitu, pernah tak anda terfikir tentang kesan sampingan bila anda mengambil 'supplements' untuk cantik dan sihat ini? Ada produk yang mengandungi terlalu banyak bahan kimia dan bahan terlarang di dalamnya serta langsung tidak mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kebanyakannya dikeluarkan oleh kilang yang sama, cuba diubah dari segi nama dan packaging bagi mengaburi mata orang ramai.



KEBAL, KUAT, KETAT

Soalan paling common ditanya di klinik hampir saban hari adalah:

1. Apa tak perlu makan jamu? Habis nanti masa pantang nak kena makan apa untuk kecutkan rahim untuk kuruskan badan untuk ketatkan faraj yada yada yada? Doktor biar betik? Nanti suami saya lari kahwin dengan perempuan lain macam mana?




2. Habis kalau tak perlu makan supplemen atau vitamin macam mana saya nak bagi badan kuat sikit untuk kehidupan seharian? Nanti lemah je tak lalu buat kerja macam mana? Nanti saya mudah sakit macam mana?

3. Saya telan tumbuh tumbuhan saja untuk turunkan kolesterol saya, untuk rendahkan tekanan darah tinggi saya,untuk kurangkan gula dalam darah saya yada yada yada. Tapi susahlah nak telan daun, jadi saya ambil dalam bentuk pil dan jus dan susu yada yada yada.

Ok. Seriously nak muntah dah rasanya doktor doktor dok menjawab soalan yang sama setiap hari di klinik dan di media sosial. Dari rajin menjawab di messenger sampai dah delete messenger dan off komen sebab soalannya sama sahaja. Nak kuat, Nak kebal, Nak ketat.

Dan mulalah keluar senarai jus/jamu/makjun/susu/pil yang merapu dan kononnya dibuat oleh doktor terkemuka di dunia atau sudah ada kajian yang membuktikannya atau digunakan di negara entah mana mana pongpang pongpang. Bila kita minta bukti, dia marah kata doktor tak percaya dengan rawatan alternatif, doktor dengki dengan perniagaan melayu, doktor otak sempit kemut, doktor bertuhankan yahudi, doktor tak mandi, doktor mulut macam najis, doktor hitu doktor hini dan seperti biasa bukti tetap tak bagi, yang dia tahu maki.




Lepas tu mulalah buat serangan peribadi. Dah lama dah macam ni kan? Dari elok nak menasihati udah rasa malas nak berbahasa bahasi sebab soalan yang sama dok ulang, jawapan yang sama dok bagi.

Apa ke susah nak faham dengan cara hidup sihat? Biarlah doktor cabuk ni jawab untuk kesejuta kali.

1. Selepas bersalin, rahim kita akan mengecut sendiri sebab bayi dah keluar kan. Untuk mempercepatkan rahim kecut dan kembali elok seperti sebelum mengandung, susu badan adalah kaedah paling cepat. Ada yang terkejut bila siti nurhaliza dah susut 17kg selepas bersalin. Adohai apa yang terkejutnya? Tengoklah berapa kilogram kita naik semasa mengandung? Bila bayi dah keluar, uri dah keluar, haruslah kita akan lost beberapa kilogram. Campur dengan menyusu badan lagi. Benda tak magik pun.

Nak umpph kan lagi rahim tu untuk jadi macam anak dara, kenalah rajinkan diri bersenam. Janganlah jaga makan sewaktu dalam pantang sahaja. Pantang lepas bersalin maksudnya pantang bersama suami sahaja. Sebab seeloknya jarakkan lah kehamilan at least 2 tahun. Bagi lah anak besaq sikit dulu, nanti stress sendiri yang tu nak handle yang ni nak jaga last last bukan diri ja terabai, anak pun sama terabai.

Kenapalah dalam pantang aje nak amalkan makanan sihat? Kenapa taknak amalkan seumur hidup? Kenapa tak boleh makan laksa dan ais sewaktu dalam pantang saja? Rahim kembang? Bagilah saya satu bukti dan proses kaitan antara makanan dan rahim kembang. Rahim kita bukan belon. Rahim berada di dalam ruangan pelvis dan diperbuat dari otot. Makan kalau tak jaga seumur hidup, bukan rahim je kembang dik, satu badan pun kembang.




Ya selepas umur 20 tahun, tulang kita berhenti memanjang. Cuma badan kita saja yang boleh berkembang. Jadinya, badan kita boleh menumbuh dengan pesatnya kekiri kekanan, bukan ke atas. Faham ka?

Jaga makan, rajin bersenam, bukan sahaja kuat dan ketat, insha Allah sihat sekali termasuk dalam pakej.


2. Untuk mendapatkan badan yang kuat, organ dalam badan haruslah sihat. Makna kata, kalau kita sihat insha Allah kita akan jadi kuat dan kebal.

Toksahlah dok bazir beratus beribu berjuta berbillion untuk benda merapu. Selimut ajaib la, Pistol peng peng, katil magik la yada yada yada.

Nak hidup sihat memang kena amalkan pemakanan yang sihatlah wahai kakak adik abang makcik pakcik atok nenek sekalian.

Badan akan rasa lemah dan mudah lenguh lenguh jika tidak sihat. Darah tinggi tak terkawallah, gula tinggi melangit lah, kolesterol tahap gaban lah, terlebih steroids lah. Sebab tu penting sangat untuk kawal kesihatan kita. Orang dulu dulu tak makan macam kita ni. Depa kebanyakkan rebus dan bakar sahaja, makan pun taklah banyak macam esok lusa tu takde dah dan takdelah masin dan manis sangat apatah lagi takdelah makan makanan segera macam kita. Pergi ke mana mana pun banyak berjalan aje. Kita? Jalan 200m pun muncung 2 hasta dah.


Kita punya makan semua kena sedap, semua kena banyak minyak, banyak garam, banyak bahan perasa, banyak gula. Kalau tak, kita takmau makan pastu bebel kata orang tu tak pandai masak. Berdosa ok mengutuk makanan. Ibaratnya tak reti bersyukur. Ada makanan tu pun dah kena ucap alhamdulillah. Ini cuma tau mengomel sajalah.

Sebab tu jagalah makan. Nak makan yang segera sekali sekala boleh saja tapi bersenam dan minumlah air masak banyak banyak.



Suka sangat percaya dengan produk yang sebut detox. Padahal memang setiap organ dalam badan kita ni ada fungsi detox tersendiri dah. Minum air masak secukupnya setiap hari, itu pun da detox dah.

Nanti keluarlah statement : tengoklah artis tu, badan di perghhh terangkat beb. Hadui. Ingat badan dia superb meletup mabeles hanya dengan telan segala mak nenek produk merapu ka dik? Tak dik. Depa rajin pergi gym dan jaga makan dik. Kurus tak turun dari langit dengan menganga saja diknon oyy. Hidup ni bukan magika.

Kalau tengok artis omputeh, depa taktau pun jamu tu apa. Depa makan salad lepas tu bersenam. Depa putih sebab genetik depa memang putih dan sebab tu kita gelar depa orang putih. Apalah yang susah nak faham ni?

3. Apatah soalan tadi. Lupa dah sebab dok beletiaq banyak sangat.

Ouh ya. darah tinggi, kencing manis, gout, tinggi kolesterol adalah penyakit kronik maknanya ianya mengambil masa bertahun untuk terjadi. Bila dah terjadi, benda pertama mesti kena kawal makanan lebih lagi, kena patuhi ubat yang diberi. Tak bolehlah harap ubat saja pastu tak jaga makan.

Penyebab penyakit kronik ni ada banyak. Sebab tu kena periksa apa penyebab penyakit tersebut. Lain orang lainlah sebab dia.

Cukup cukuplah terpedaya dengan produk yang menjanjikan bulan dan bintang ni. Kalau dengan semudah telan itu ini boleh sihat kuat kebal ketat, nescaya tak adalah orang obes dan sakit di muka bumi ni.

Benda yang super simple untuk diamalkan :
Makan makanan yang sihat
Makan ikut masa
Makan dalam portion yang betul
Minum air masak secukupnya
Bersenam 150minit setiap minggu
Rajinkan bersedekah
Senyum selalu
Bersihkan hati dari prasangka
Solat taubat dan tahajud selalu
Mengaji quran setiap hari
Hiduplah dengan gembira
Jangan mudah marah dan melenting

Mudah dan murah kan? Kenapa suka membazir? Kenapa mudah terpedaya?

Produk yang awak beli tu mostly dari kilang yang sama saja. Cuma botol, branding, packaging, harga dan duta je lain. Masih tak nampak ke? Berapa kali kena cakap ni? Haduh. Benda simple gila tapi tak faham kenapa orang susah nak faham.

Nota kaki : Saya sekarang memang dah kurang kongsi cerita sebab ceritanya sama saja - tertipu dengan produk merapu. Jadi, saya tunggu sajalah di klinik untuk memberikan rawatan dengan senyuman yang paling indah.

Tak mengalah tapi kecewa menyampah dengan founder yang ilmu asas perubatan ke laut, cuma keuntungan yang mahu diangkut. Mangsa nya? ke laut.



kedit.. siakap keli

No comments

Powered by Blogger.