Header Ads

“Demi Negara Malaysia, Rakyat Sanggup Menghulur Bantuan Kepada Kerajaan Kerana Kebimbangan Pada Keadaan Kewangan Negara Dan Hutang Negara Yang Banyak .”Lim Guan Eng Umum Penubuhan Tabung Harapan Malaysia Bantu Bayar Hutang Negara..



Melalui satu sidang media semalam, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed mengumumkan penubuhan satu tabung khas untuk membolehkan orang ramai membantu kerajaan bagi melangsaikan bayaran hutang yang di tanggung negara.


Beliau pada masa yang sama turut menghargai semangat patriotik yang ditunjukkan oleh rakyat. Semalam, memalui satu siaran media yang dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui laman Facebook rasminya mengumumkan penubuhan tabung khas tersebut yang dikenali sebagai Tabung Harapan Malaysia (THM).


''Berdasarkan perkembangan ekonomi semasa dan kebimbangan orang awam terhadap hutang kerajaan, timbul kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menghulurkan bantuan kepada kerajaan,'' kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Walau bagaimanapun kata Guan Eng, rakyat Malaysia hanya dibenarkan untuk membuat derma di dalam bentuk mata wang Malaysia sahaja.

''Semua derma tersebut perlu disalurkan ke Maybank dengan nombor akaun 566010626452'' katanya lagi.


Melalui siaran media yang sama, Guan Eng mewakili Kerajaan Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan oleh orang ramai dan sumbangan ikhlas mereka dalam membantu memulihkan ekonomi negara.


''Rakyat sukarela untuk berkongsi hasil pendapatan mereka dengan kerajaan demi membantu meringankan beban yang ditanggung,'' katanya.

No comments

Powered by Blogger.