Header Ads

Bursa Saham Malaysia Melantun Naik..



KUALA LUMPUR: Pasaran saham Malaysia pantas pulih daripada kejatuhan pada awal dagangan, manakala ringgit mencecah paras terendah empat bulan.

Ahli politik veteran Tun Dr Mahathir Mohamad yang kembali aktif dalam politik, menerajui gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk mengalahkan Datuk Sri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


Indeks utama Malaysia, antara pasaran yang mencatat prestasi terbaik di Asia tahun ini, susut sehingga 2.2 peratus beberapa minit selepas ia didagangkan, ditarik turun merentas pasaran seperti kewangan, telekom dan syarikat penerbangan, terutamanya yang berkaitan kerajaan sebelum ini.

Bagaimanapun, kebanyakan kejatuhan kembali pulih, diimbangi kenaikan ketara dalam saham berkaitan kerajaan baharu, dan bursa tempatan hampir mendatar selepas setengah jam dagangan.


Di pasaran mata wang, ringgit susut ke paras terendah empat bulan 3.982 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan dagangan pesisir pantai kembali didagangkan buat kali pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Rabu lalu.


Pelabur menjangka reaksi bearis kepada pelantikan Mahathir menjadi perdana menteri untuk kali kedua, selepas bersara pada 2003 selepas 22 tahun berkuasa. - Reuters

No comments

Powered by Blogger.