Header Ads

"Awas! Bahaya Suntikan Vitamin-C." Baca, Kenapa Suntikan Kecantikan Tidak Dilulukan Oleh KKM...



Secara ringkasnya, semua suntikan kecantikan diharamkan di bawah peraturan di Malaysia. Tiada satu pun produk suntikan IV untuk kecantikan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tapi bagaimana suntikan kecantikan seperti V-C Injection (IV Vitamin C), Cindella Inj ( IV Thioctic Acid) dan Glutathione Injection mudah didapati di Malaysia? Ada yang mendapatkan suntikan kecantikan ini Klinik Perubatan, Klinik Kecantikan, Spa dan juga yang boleh dibeli secara online.


Kaedah ini jauh berbeza daripada penggunaan produk kosmetik.

“Cosmetic Intervention Industry” ataupun Perniagaan Intervensi Kosmetik ini semakin berkembang di Malaysia dengan pembukaan banyak Klinik Aesthetic selain Spa dan Pusat Kecantikan.

APA ITU COSMETIC INTERVENTION?

Cosmetic Intervention ataupun lebih mudah kita panggil Prosedur Kosmetik boleh dibahagikan kepada dua iaitu Surgical – prosedur pembedahan dan Non surgical – prosedur bukan pembedahan.

Surgical melibatkan prosedur pembedahan seperti facelifts, liposuction dan Breast Implants yang biasanya dilakukan oleh Cosmetic Surgeons ataupun pakar pembedahan plastik. Kos prosedur ini juga sangat tinggi.

Non Surgical pula melibatkan suntikan seperti Botox, filler dan jenis vitamin suntikan seperti suntikan Vitamin C, Thioctic Acid dan Gluthathione yang makin popular di Malaysia.

Malangnya suntikan kecantikan ini dilakukan oleh sesiapa sahaja walaupun mereka yang tiada latihan perubatan seperti di Spa ataupun pusat kecantikan.

Mereka yang mengambil suntikan begini ini terdedah kepada bahaya risiko produk yang tidak berkualiti, rawatan yang tidak memenuhi standard dan penjagaan selepas rawatan yang teruk ataupun langsung tiada.

Selain daripada risiko ini, hasil daripada rampasan produk mendapati ada produk yang digunakan adalah produk tiruan yang meniru jenama suntikan yang ada.

Image result for suntikan vitamin c

Prosedur dan produk suntikan kecantikan perlu segera dikawal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk kosmetik di Malaysia dikawal di bawah Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984. Di bawah peraturan ini, produk kosmetik ditakrifkan sebagai produk yang digunakan pada bahagian luaran tubuh manusia seperti kulit, kuku, bibir, gigi dan rambut untuk membersih, mewangi ataupun mengubah penampilan. Produk kosmetik ini perlu dinotifikasikan kepada KKM sebelum boleh dipasarkan di Malaysia.

Image result for suntikan vitamin c

Oleh itu, suntikan kecantikan ini tidak termasuk di bawah kategori Produk Kosmetik kerana ia tidak digunakan pada bahagian luaran tubuh sebaliknya disuntik masuk ke dalam salur darah.

Ada juga peniaga yang ingin mengelirukan pihak berkuasa dengan cuba mendaftarkan produk suntikan Vitamin C dengan mendakwa cara pengunaannya adalah dengan cara sapu pada luaran kulit.

KENAPA SUNTIKAN KECANTIKAN TIDAK DILULUSKAN DI MALAYSIA?

Ubat ataupun Produk Jenis Suntikan IV adalah antara produk yang memerlukan kawalan kualiti dan keselamatan yang sangat kritikal kerana sedikit kesilapan atau pencemaran yang terjadi boleh menyebabkan kematian.

Produk suntikan juga mesti dihasilkan secara aseptik di kilang yang memenuhi spesifikasi GMP (Good Manufacturing Practice) untuk mengilangkan produk steril.


Tetapi walaupun ada produk yang telah dihasilkan mengikut standard antarabangsa dan telah diluluskan di negara-negara lain, ia tetap tidak diluluskan di Malaysia. Produk suntikan kecantikan ini tidak dapat didaftarkan di Malaysia kerana ia tidak termasuk dalam kategori ubat untuk rawatan penyakit.

Indikasi ataupun tujuan rawatan untuk kecantikkan tidak termasuk dalam kategori indikasi ubat yang boleh diterima oleh pihak berkuasa KKM. Oleh itu, semua produk suntikan kecantikan tidak diluluskan oleh KKM kecuali suntikan Botox yang mempunyi indikasi lain.

Kesimpulannya semua produk suntikan untuk kecantikan yang ada seperti IV Vitamin C, IV Thioctic Acid, IV Glutathione tidak diluluskan atau diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Walaupun produk ini diharamkan oleh Kementerian Kesihatan di Malaysia, tetapi permintaan oleh pengguna terutama wanita dan lelaki yang mahu segera cantik sangat tinggi. Oleh itu, produk-produk suntikan untuk kecantikan ini diseludup masuk dari luar negara terutamanya dari Korea, Thailand dan China dan digunakan secara tidak sah di klinik dan pusat kecantikan.

Lebih teruk lagi, servis dan produk ini juga boleh didapati dengan mudah secara online melalui Facebook dan Whatsapp.
Tidak perlulah bersakit-sakit dan mengambil risiko untuk cantik kerana anda sentiasa ada pilihan lain yang lebih selamat dan berkesan

ADAKAH PENGGUNA TAHU RISIKONYA?

Selain dari masalah kualiti dan keselamatan produk suntikan kecantikan ini, adakah Profesional Standard Practice diamalkan oleh penyedia suntikan untuk kecantikan seperti amalan Doktor, Dentist ataupun Jururawat.

Sebelum sesuatu suntikan diberikan, doktor mesti mendapatkan ‘inform consent’ daripada pesakit iaitu persetujuan daripada pesakit setelah semua penerangan tentang kebaikan dan risiko bahaya diberikan.

Bagaimana jika berlaku kejadian seperti tindak balas anafilaktik yang boleh menyebabkan kematian, kelebihan dos yang boleh merosakkan buah pinggang dan banyak lagi risiko lain yang pengguna tidak sedar.

KESALAHAN MENJUAL PRODUK SUNTIKAN KECANTIKAN

Di bawah Akta Jualan Dadah 1952, sesiapa yang didapati mengilang, menjual, membekal, mengimport, memiliki atau menggunakan sesuatu produk yang bukan produk berdaftar (merujuk kepada suntikan kecantikan) boleh didenda:

Denda RM25,000 atau 3 tahun Penjara atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama. Denda RM50,000 atau 5 tahun Penjara atau kedua-duanya untuk kesalahan kedua.

Image result for suntikan vitamin c

KKM PERLU DAFTARKAN SUNTIKAN KECANTIKAN

Sudah tiba masanya Kementerian Kesihatan Malaysia perlu mengawal produk-produk suntikan kecantikan ini bukan hanya dengan mengharamkannya tetapi juga mendaftarkannya untuk melindungi keselamatan pengguna daripada produk suntikan yang tidak berkualiti dan doktor kecantikan yang tidak bertauliah.

“Kecantikan” adalah satu jenis penyakit baru rakyat Malaysia yang perlu dirawat dan diterima oleh Kementerian Kesihatan. Bagaimana pula pendapat anda?



Credit: FB Rahman Baco

No comments

Powered by Blogger.