Header Ads

(10 Foto) 'Tipu Pelanggan Hingga RM242Juta Pakej Umrah Ke Tanah Suci Makkah.' Pereka Fesyen Muslimah Dihukum Penjara 18 Tahun..



Jakarta: Pereka fesyen terkenal Indonesia yang popular dengan koleksi pakaian muslimah dihukum penjara 18 tahun semalam atas tuduhan menipu pakej umrah dan pengubahan wang haram membabitkan jumlah berbilion rupiah.

Image result for Anniesa Hasibuan, 31,

Mahkamah mendapati Anniesa Hasibuan, 31, dan suaminya, Andika Surachman menipu pelanggan yang membayar pakej umrah untuk ke Tanah Suci Makkah menerusi agensi pelancongan milik mereka.


Mahkamah mengenakan denda Rp10 bilion (RM2.85 juta) kepada Anniesa manakala suaminya dikenakan hukuman penjara 20 tahun dengan denda sama.

Image result for Anniesa Hasibuan, 31,

Pasangan itu dilaporkan menipu beribu-ribu pelanggan dengan nilai berjumlah sekurang-kurangnya Rp848 bilion (RM242 juta).

Anniesa adalah pereka fesyen terkenal di Indonesia dan menggunakan nama Hasibuan pada koleksi pakaian muslimah rekaannya.


Pada 2017, koleksi Hasibuan dipamerkan di Minggu Fesyen New York dan buat pertama kalinya model memperagakan rekaan tudung dan pakaian muslimah di pentas fesyen berprestij itu.

Related image

Image result for Anniesa Hasibuan, 31,

Pasangan itu menubuhkan syarikat pelancongan dikenali sebagai First Travel pada 2009 untuk menguruskan jemaah umrah ke Arab Saudi.

Related image

Image result for Anniesa Hasibuan, 31,

Bagaimanapun, mahkamah memberitahu, syarikat itu tidak membawa seorang pun pelanggan mereka mengerjakan umrah sejak awal tahun lalu walaupun sudah menerima bayaran.


Pakaian rekaan Anniesa diperagakan London, Istanbul dan Cannes tetapi penampilan di Minggu Fesyen New York mengesahkan statusnya sebagai bintang fesyen dunia yang meningkat naik.

Related image

Related image

Related image

Anniesa terkenal dengan kehidupan mewahnya dan sering memuat naik gambar bersama suaminya ketika melancong ke luar negara serta memakai barangan mewah di laman sosial.

Sumber: HM

No comments

Powered by Blogger.