Header Ads

(10 Foto) “Dia Tetap Terima Saya Seadanya.”Bekas Pemain Tenis Hilang Tangan Diserang Buaya Tetap Teruskan Majis Perkahwinan Di Hospital..



Seorang wanita hilang sebelah tangannya akibat diserang oleh seekor buaya, berkahwin dalam satu majlis perkahwinan yang penuh emosi beberapa hari selepas kejadian itu.

Related image

Related image


Pengantin lelaki yang merupakan warga Britain, Jamie Fox dan bakal pengantin perempuan, sedang berkanu di Sungai Zambezi di selatan Afrika ketika kejadian tersebut berlaku.

Image result for woman has arm bitten off by crocodile before her

Pengantin perempuan yang merupakan bekas pemain tenis warga Zimbabwe, Zanele Ndlovu kemudiannya diserang oleh seekor buaya yang menggigit tangannya semasa menaiki kanu.


Menurut sumber, Jamie cuba menyelamatkannya tetapi nyawa Zanele berisiko kerana kehilangan banyak darah.

Image result for woman has arm bitten off by crocodile before her

Dia dibawa ke hospital untuk menerima rawatan untuk menyelamatkan nyawanya, tetapi kehilangan hampir sebahagian sebelah tangannya yang tidak dapat diselamatkan.


Walaubagaimanapun, seorang kenalan kepada keluarga pasangan itu memberitahu pasangan tersebut bernasib baik kerana terselamat dalam tragedi itu.

Biarpun melalui detik hitam sehingga meragut tangan kanannya, Zanele dan pasangannya tetap meneruskan majlis perkahwinan mereka dan dibenarkan untuk melakukan upacara itu di hospital.



Image result for woman has arm bitten off by crocodile before her

Image result for woman has arm bitten off by crocodile before her

Image result for woman has arm bitten off by crocodile before her

Dipercayai pasangan tersebut pergi ke Air Terjun Victoria dekat Sungai Zambzi untuk berkahwin. Tetapi insiden diserang buaya itu menyebabkan lokasi majlis perkahwinan mereka terpaksa diubah.


Majlis perkahwinan penuh emosi itu menyaksikan pengantin perempuan dilihat memakai gaun putih tanpa lengan berjalan ke gereja dengan keadaan sebelah tangannya yang kudung dibalut, dan tangan kirinya memegang sejambak bunga.

Image result for woman has arm bitten off by crocodile before her




Sumber : Mirror UK

No comments

Powered by Blogger.