Header Ads

(VIDEO)"Kalau Netizen Hanya Bercakap Fasal Saya Boleh Abaikan Sahaja, Tapi Bila Bercakap Tentang Seorang Bayi Suci Yang Baru Dilahirkan Saya Sedikit Terkilan.” Nora Sedih Anak Turut Jadi Mangsa Buli Siber..



PELAKON Nora Danish kesal apabila anaknya iaitu Mohamed Neqayl Nedim atau dipanggil Ney Ney yang kini berusia dua bulan turut menjadi mangsa buli siber.

Nora berkata, dia tidak kisah jika kata-kata negatif hanya ditujukan kepadanya, namun sebagai ibu dia bersedih apabila bayi yang tidak berdosa turut menerima nasib yang sama.


"Kalau netizen hanya bercakap fasal saya mungkin saya boleh abaikan sahaja, tapi bila bercakap tentang seorang bayi suci yang baru dilahirkan saya sedikit terkilan.

"Bercakap kasar dan negatif terhadap anak kecil adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya dan saya akui kesal dengan sikap mereka.


Keluarga bahagia, Nora bersama suami Nedim dan anak mereka Ney Ney ketika bercuti di sebuah pulau peranginan baru-baru ini.

"Kita bawa anak pergi bercuti orang mengata, kalau tak bawa dan tinggalkan di rumah nanti kena kecam juga. Susah nak puaskan hati semua orang," katanya.

Nora ditemui pada majlis pelancaran kempen 'Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu' yang dianjurkan bersama pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac pada Selasa.


Kempen tersebut dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Antara artis yang turut hadir bagi menyokong kempen itu termasuk Neelofa, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Maya Karin, Joe Flizzow, Kavita Sidhu, Caprice, Adibah Nor, Atilia Haron, Afdlin Shauki dan Shahrol Shiro.

Nora sedih apabila bayi tidak berdosa turut menjadi mangsa buli siber.

Dalam pada itu, Nora memberitahu berat badannya turun sebanyak 11 kilogram (kg) selepas tempoh berpantang anak keduanya itu.

"Sekarang ni berat badan saya 55 kg, nak dapatkan balik berat ideal seperti sebelum mengandung susah betul!


"Saya kena kuruskan badan lagi sikit, sebab 55 kg ni tak ideal untuk saya jadi bahagian yang 'tembam-tembam' ni kena buang sikit.

"Mungkin ambil masa sebab saya melahirkan anak secara pembedahan jadi tak boleh nak pergi gim lagi," katanya.

Nora berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 11 kilogram selepas berpantang.

Pelakon filem Makrifat Cinta ini selamat melahirkan bayi lelaki itu di sebuah hospital swasta di ibu negara pada 22 Februari lalu.

VIDEO:


No comments

Powered by Blogger.