Header Ads

(VIDEO) "Saya Tak Sanggup Kehilangannya." Bapa Halang Doktor Tamatkan Mesin Sokongan Hayat Bayinya Berusia 22 Bulan Yang Mengalami Mati Otak..


SEORANG bapa, Tom Evans tidak dapat menahan kesedihan selepas usahanya untuk menghalang doktor daripada menamatkan rawatan terhadap anak lelakinya yang berusia 22 bulan, Alfie, yang mengalami mati otak, gagal.

Ia susulan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Hak Asasi Manusia (ECHR) di Perancis yang menolak rayuan mereka dan memutuskan tindakan doktor di Hospital Kanak-kanak Alder Hey di Liverpool, tidak melanggar hak asasi manusia.


Tiga hakim ECHR yang mendengar rayuan itu juga menegaskan keputusan tersebut adalah `final’.

Tom membuat rayuan di ECHR selepas Mahkamah Tinggi di Britain memutuskan bahawa doktor di hospital berkenaan boleh menamatkan rawatan tersebut walaupun dibantah oleh ibu bapa bayi terbabit.

Image result for Alfie Evans treatment battle taken to European Court of Human Rights

Keputusan sama turut dibuat oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Agung di Britain.Tom beralih kepada ECHR selepas semua saluran undang-undang telah digunakan di Britain.


Alfie koma sepanjang hayatnya selepas mengalami penyakit misteri dan doktor di Hospital Kanak-kanak Alder Hey menyatakan sia-sia jika rawatan lanjut diberikan.

Image result for Alfie Evans treatment battle taken to European Court of Human Rights

Dalam mesej dalam Facebook, Tom berkata dia dan isterinya, Kate, berada dalam kesakitan namun mereka tidak akan berputus asa dan akan melakukan apa sahaja untuk anak mereka.

Dia juga mendakwa anaknya itu akan dibunuh dan bagaimana sistem di Britain telah gagal.


“Memalukan. Adakah anak lelaki kami kelihatan seperti akan meninggal dunia. Anak kami akan dibunuh, dibawa pergi dari kami dan hidupnya yang tidak berdosa itu akan dirampas.

Image result for Alfie Evans treatment battle taken to European Court of Human Rights

“Tolonglah Ratu, Pope Francis dan Angela Merkel, tolong selamatkan anak kami yang tidak berdosa, Dia melihat mata kami setiap hari dan bertindak balas setiap hari. Alfie James Evans, kami sayangkan kamu. Kami akan melakukan segalanya,’’ kata Tom.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.