Header Ads

(VIDEO) "Paling Sweet Pernah Orang Buat Dekat Saya" - Kamal Gigih Buat Surprise Birthday Emma Atas Bukit..


Sempena ulang tahun kelahiran teman tapi mesranya, pelakon Kamal Adli gigih melakukan kejutan hari jadi untuk aktres Emma Maembong.



Emma berkongsi perasaan terharu dengan tindakan Kamal menerusi sebuah entri di laman Instagram yang dimuat naik olehnya beberapa hari lalu. 


"Just nak cakap thank you @kamaladli for the suprise. Paling sweet pernah orang buat dekat saya. Thank you awk. Kalau korang nak tahu ni bukan restoran atas bukit ye ni dekat Bukit Besi Cheras. Ni diorang set up sendiri.

"Gigih korang hiking bawak naik kerusi meja makanan semua. Siap deco lampu-lampu lagi macam manalah korang bawa naik generator atas bukit.

"Apa-apa pun memang cantik sangat. Tak tahu nak kata cantik macam mana. Thank you again," tulis Emma.

Rata-rata peminat memuji kesungguhan dan kegigihan Kamal di ruangan komen.


Dalam pada itu, peminat juga mahu melihat Emma dan Kamal benar-benar berjodoh dan lekas mendirikan rumah tangga.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail menyambut hari lahir ke-26 pada 27 Mac yang lalu.




Foto & Video: Instagram Emma & Kamal
Sumber: Astro gempak

No comments

Powered by Blogger.