Header Ads

(VIDEO) "Ini Bukan Gimik, Kami Bertanding Kerusi Zahid Hamidi Dan MB Perak.” Raja Bomoh Ambil Calon, Tanding Bebas Di Bagan Datuk..


IPOH: Presiden Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia (PSSGGM), Ibrahim Mat Zin, 68, atau lebih dikenali sebagai 'Raja Bomoh Malaysia' ,hari ini mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk sebagai calon bebas.

Ibrahim berkata, selain beliau terdapat 26 lagi ahli PSSGGM akan bertanding sebagai calon bebas di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kali ini.


Menurutnya, di Perak dua calon akan bertanding membabitkan dirinya dan timbalannya, Leman Kanaullah, 55, yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor.

"Ini bukan gimik untuk kami bertanding di kerusi yang disandang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

"Buat masa ini tiada niat untuk menarik diri apabila menjelang hari penamaan calon nanti dan kami tidak gentar untuk bertanding serta kemungkinan hilang wang pertaruhan," katanya dalam sidang media di sebuah hotel di sini, hari ini.


Leman, yang juga dikenali sebagai 'Badang Malaysia', turut hadir dalam sidang media berkenaan.

Ibrahim berkata, kesediaannya bertanding dalam PRU-14 bukan atas paksaan sesiapa, namun adalah dari nalurinya sendiri yang ingin menabur bakti kepada rakyat terutama di Bagan Datuk iaitu tempat kelahirannya.
PRESIDEN Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia,Datuk Ibrahim Mat Zin, 68 (kanan) atau lebih dikenali sebagai 'Raja Bomoh Malaysia' mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk sebagai calon bebas manakala Timbalannya Leman Kanaullah,55 (kiri) yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor. - Foto L. Manimaran

Raja Bomoh itu kembali mencetuskan kontroversi selepas melakukan upacara 'memagar' Malaysia daripada ancaman Korea Utara, berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

VIDEO:


Sumber: BH

No comments

Powered by Blogger.