Header Ads

(VIDEO) Awas! Tahukah Anda, Duduk Dengan Dompet Di Poket Belakang Boleh Menyebabkan Kecederaan Saraf Tulang?


Menurut perkongsian Publich Health Malaysia, tabiat ini akan menyebabkan saraf-saraf tulang belakang tercedera. Bayangkan seharian dipejabat dengan posisi kedudukan sedemikian? Jom baca fakta kesihatan dibawah, semoga selepas ini para lelaki alihkanlah dompet sebelum duduk ya!

Kenapa kita harus mengelakkan daripada meletakkan dompet/telefon di poket punggung sewaktu duduk?


Pernahkah anda berasa malas untuk mengeluarkan dompet daripada poket belakang? Golongan lelaki kebiasaanya akan meletakkan dompet di poket punggungnya. Dan dompetnya kebiasaan tebal sebab penuh dengan resit belanja dan kad-kad yang tebal. Tapi, tahukah anda jika anda duduk dengan dompet di poket, anda terdedah dengan pelbagai isu.

Related image

Dompet yang tebal selalu mengundang masalah punggung tidak rata apabila duduk. Ini akan menyebabkan tulang belakang kita terpaksa membengkok untuk menyeimbangkan badan supaya menjadi tegak semula pada kedudukan seimbang.

Image result for wallet on back pocket

Namun, akibat daripada itu, otot-otot yang membantu menyokong tulang belakang anda terdedah kepada kecederaan akibat daripada stress yang dialami. Di samping itu, saraf-saraf tulang belakang juga boleh cedera akibat posisi yang tidak baik ini.



Memandu dengan dompet di belakang pada waktu yang singkat selama 30 minit juga terdedah kepada sakit belakang dan sakit skiatika. Apa lagi jika ianya dilakukan sepanjang perjalanan daripada Kuala Lumpur ke rumah anda lebih-lebih lagi di waktu PRU yang mungkin kebanyakan lebuh raya sesak dan memanjangkan masa perjalanan anda.

Jika perkara ini berpanjangan, anda juga mungkin berisiko untuk mengalami sakit belakang yang kronik dan memerlukan rawatan seperti fisioterapi, pembedahan, atau perlu menggunakan ubat tahan sakit seumur hidup.

Jadi, langkah terbaik untuk mengelakan perkara ini berlaku adalah dengan mengeluarkan dompet di poket punggung setiap kali anda duduk dan letakkan di poket hadapan.

VIDEO:


No comments

Powered by Blogger.