Header Ads

‘Usia Dunia Kita Sudah Tidak Lama’- Nabil Ahmad Kongsi Saat Terdetik Hati Ingin Berubah..



Nama Nabil Ahmad kini sama hebat dengan pengacara seperti AC Mizal, Pak Nil dan Awal Ashaari. Namun, perkara itu tak membuatkan Nabil lupa diri serta leka dengan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Menerusi laporan Harian Metro, pelawak terkenal itu akui semakin mendalami ilmu agama serta ingin mendekati mereka yang mempunyai ilmu agama.


Semuanya bermula apabila Nabil melihat satu video mengenai hari kiamat.

‘Saya mula sedar bahawa usia dunia kita sudah tidak lama’


Nabil berkata hatinya terdetik untuk berubah secara perlahan apabila melihat satu video mengenai hari kiamat yang disampaikan oleh penceramah bernama Ustaz Zulkifli. Hujah disampaikan oleh ustaz berkenaan telah memberi impak mendalam kepada Nabil.

Pada mulanya, saya menonton video ceramah agama mengenai hari kiamat. Dalam video ceramah yang disampaikan oleh penceramah bernama Ustaz Zulkifli itu, ia berkisar mengenai tanda-tanda akhir zaman dan sebagainya.


Perlahan-lahan, saya mula sedar bahawa usia dunia kita sudah tidak lama. Semua yang kita ada sekarang hanyalah pinjaman semata-mata.

Isteri luah hasrat ingin bertudung dan ini jawapan Nabil


Tapi bagaimana pula dengan kerjaya Nabil dalam bidang seni? Ramai yang menganggap pekerjaannya kini akan menyukarkan Nabil untuk berhijrah ke jalan yang lebih baik. Ini jawapan Nabil. Nabil juga turut berkongsi bahawa isterinya meluahkan hasrat untuk bertudung dan menutup aurat.


"Kerja adalah kerja kerana dari situ, saya menjana pendapatan. Tapi di luar waktu kerja, itu antara saya dengan Allah.

Zira ada memaklumkan kepada saya mengenai keinginan untuk bertudung. Saya pesan, jangan bertudung untuk tujuan lain seperti perniagaan dan sebagainya

Saya mohon kepada semua agar mendoakan kami sekeluarga supaya menemui jalan mudah untuk mendekati ilmu agama di samping menjalani tugas sebagai hamba-Nya,” katanya.

Saya tak reti nak berdakwah atau apa. Tapi, cara saya, mainkan video terbabit dan kongsikan apa yang saya tahu.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.