Header Ads

“Untunglah Awak Tak Bekerja Sebab Suami Awak Bergaji Besar” - Tapi Mereka Tak Tahu, Baru 30hb Duit Tinggal RM50 Saja..



ADA hamba Allah berkata, "Untunglah awak tak bekerja sebab suami awak bergaji besar."

Dalam hati saya menjawab, "Awak tahu ke, baru 30hb duit yang tinggal hanya RM50 sahaja dalam akaun bank suami. Mana mungkin saya nak beritahu awak tentang perihal kewangan keluarga saya."

Ada hamba Allah berkata, "Rugilah awak tak bekerja. Kawan-kawan segrad dengan awak, paling-paling busuk mereka dapat RM3,000+ sebulan." 


Dalam hati saya menjawab: "Siapalah yang tidak mahu ada duit sendiri, berbanding kepada keluarga sendiri. Namun Allah telah memilih saya untuk menjaga anak-anak saya. Rezeki bukan hanya dengan wang ringgit."

Ada hamba Allah berkata: "Kita orang perempuan perlu ada duit sendiri. Kalau suami tinggalkan kita atau suami pergi terlebih dahulu, jadi siapa yang nak menanggung awak dan anak-anak?"

"Dalam hati saya menjawab: "Macamlah takdir saya awak yang menentukan."

Ada hamba Allah berkata: "Awak tak kerja, nanti mentua awak tak sayang awak."


Dalam hati saya menjawab: "Saya tidak perlu meraih kasih sayang manusia dengan wang ringgit."

Ada hamba Allah berkata: "Awak tak kerja nanti suami awak tak sayang dan tak hormat awak sebab awak tiada apa-apa untuk dibanggakan dan tidak mampu membantu dari segi kewangan. 

Dalam hati saya menjawab: "Kehormatan bukan sebab pangkat dan wang ringgit sayangku dan memang tanggungjawab seorang suami menyara isteri dan anak-anaknya."


Sayangku bermulut bawang, jangan samakan orang lain dengan saya atau orang lain. Setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini adalah berbeza-beza. Ada isteri yang bekerja kerana tuntutan kewangan atau kerada dia suka bekerja. Hidup ini pilihan.

Related image

Mungkin ini zaman wanita yang bekerjaya sahaja dipandang tinggi. Saya percaya bukan semua manusia berpendapat seperti itu. Jangan lupa bahawa ini juga adalah aturan Allah sayangku. Hati-hati bila berbicara kerana setiap perbuatan baik dan buruk kita akan dihisab di akhirat. 


Sumber: Hamba Allah

No comments

Powered by Blogger.