Header Ads

Tinggalkan 'Supplemen', Ambil 1/4 Jambu Batu Sehari Sudah Cukup Menampung Keperluan Vitamin C Harian Yang Diperlukan Tubuh - Kajian..



Perkongsian daripada Public Health Malaysia ini menerangkan khasiat-khasiat jambu batu dengan khasiat vitamin C paling tinggi yang baik untuk tubuh badan. Dah sedia nak cuba?

Sumber Vitamin C Paling Tinggi, Harga Paling Jimat
Fast Fact Vitamin C

- Vitamin C merupakan vitamin penting yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan.

- Pembentukan protein untuk membuat kulit, tendon, ligamen dan saluran darah.



- Menyembuhkan luka dan memulihkan parut.

- Perbaiki dan mengekalkan tulang, dan gigi

- Vitamin C juga penting sebagai ANTIOKSIDAN.

Related image

- Antioksidan berperanan menyekat kerosakan sel tubuh badan setelah terdedah kepada bahan kimia merbahaya seperti asap rokok atau radiasi.

- Tanpa antioksidan, ia menyebabkan proses penuaan semakin pantas, penyakit jantung, athritis (penyakit sendi) dan kanser.

- Tubuh badan manusia TIDAK dapat menghasilkan Vitamin C secara semula jadi, oleh itu sumber dari luar diperlukan.



- Antara sumber utama Vitamin C adalah buah buahan.

- Buah buahan tempatan yang kaya dengan Vitamin C adalah jambu batu, betik, tembikai, nenas, mempelam.

- Sebagai contoh, setiap 100 gram jambu biji memberikan 380% daripada keperluan harian Vitamin C.

- 1 per 4 jambu batu , sudah cukup untuk menampung keperluan Vitamin C harian yang diperlukan tubuh.


- Setiap biji jambu batu berharga kira kira RM 1.50 - RM2.00

- Oleh itu, anda hanya perlu membelanjakan kurang 50 sen untuk keperluan harian vitamin C !

Image result for guava

-Penmerahpress


No comments

Powered by Blogger.