Header Ads

Taj Mahal Dibadai Ribut, Dua Menara Tumbang..



LUCKNOW: Kejadian ribut yang melanda pada malam Rabu telah mengakibatkan dua menara berdekatan pintu masuk ke bangunan Taj Mahal tumbang.

Image result for taj mahal storm

Related image

Angin yang bertiup kencang telah menyebabkan menara setinggi tiga meter yang terletak di pintu masuk utama rebah.


Seterusnya menara kecil di pintu masuk arah selatan pula menjadi mangsa bencana alam itu.

Bagaimanapun, tiada kerosakan dilaporkan berlaku pada struktur bangunan utama khazanah negara berusia 400 tahun itu, menurut pihak berkuasa tempatan.

Image result for taj mahal storm

Wakil agensi Kaji Selidik Arkeologi India, Bhubanesh Kumar menyifatkan kerosakan itu disifatkan kecil dan kumpulan pakar akan bertindak membaik pulihnya dalam masa terdekat.


Menurutnya angin ribut pada malam kejadian itu mencapai kelajuan 130 kilometer sejam.

Image result for taj mahal storm

Taj Mahal yang dibina oleh Pemerintah Mogul, Shah Jahan pada abad ke-17 menerima kehadiran seramai tujuh hingga lapan juta pengunjung setiap tahun.



No comments

Powered by Blogger.