Header Ads

''Stress Punca Ramai Wanita Malaysia Derita Kanser Di Usia Muda'', Lelaki Ringankanlah Beban Isteri, Nasihat Wanita Ini Buat Semua..



Perkongsian oleh Sri Diah Shaharuddin melalui laman facebooknya seperti di bawah ini wajar dijadikan renungan oleh semua di luar sana. Adakah anda tergolong dalam kalangan wanita yang selalu menghidapi stress hingga kadang rasa seperti tak tertanggung?

Wanita, belajarlah untuk menangani stress. Lelaki sayangilah wanita anda, bantulah mereka meringankan beban emosi yang ditanggung, usah ditambah. Semoga bermanfaat.


Berat hendak saya kongsikan hal ini. Namun demi semua wanita yang dikasihi, saya gagahkan mencatat. Ini adalah hal antara hidup dan mati.

Perhatikan angka-angka ini:

  • S - 33 tahun - kanser payudara
  • M - 32 tahun - kanser payudara
  • M - 35 tahun - kanser servik
  • E - 33 tahun - kanser kelenjar
  • Z - 44 tahun - kanser hati & servik
  • M - 40 tahun - kanser payudara & tulang

Catatan di atas adalah senarai rakan dan saudara yang dekat dalam hidup saya. Ditakdirkan mereka telah diduga serangan kanser. Mereka ini bekerjaya, mempunyai keluarga, ada suami dan anak-anak.

Satu hal penting perlu dicatat - mereka juga tidak culas membuat ujian kesihatan setiap enam bulan atau setahun sekali.

Daripada enam sahabat saya ini, dua orang sedang berjuang, mengharapkan sokongan untuk sembuh. Empat yang lain sudah pergi dulu daripada kita yang bakal menyusuli mereka.

Intipati tulisan ini sebenarnya hendak beritahu, semakin ramai wanita Malaysia mendapat kanser ketika usia muda. Mengapa?


Kata doktor, pemakanan dan corak pemakanan adalah antara punca kanser. Turut menyumbang ialah stres bekerja, kemurungan dan tidak ada masa merehatkan fikiran.

Kanser ini jahat, lagi kita murung lagi cepat selnya membiak. Sepuluh peratus lagi punca kanser ialah kerana faktor keturunan.

Kerap membuat pemeriksaan ulangan setiap enam bulan atau setahun sekali, bukan boleh dipercayai seratus peratus.

Kanser boleh membiak dari Tahap 1 ke Tahap 3, hanya dalam tempoh seminggu. Menjelang hari ke lapan, kanser sudah terus ke Tahap 4!


Kawan, jika sayang sahabat wanita kita, jangan beratkan fikiran mereka. Mudahkan tugas mereka, tolong ringankan stres dia. Sumbangan itu walau nampak sikit namun besar impaknya. Tolonglah.

Related image

Nasihat kepada golongan suami, tolonglah ringankan stres isteri. Anak-anak pula, tolong jangan serabutkan fikiran mak. Kawan-kawan perempuan, jangan pentingkan diri sendiri dan sesakkan fikiran kawan lain dengan hal remeh-temeh.

Stres adalah punca kemurungan. Apabila murung, sel kenser akan bangkit bermaharajalela!


No comments

Powered by Blogger.