Header Ads

Selepas Dua Bulan Berpantang, Jihan Muse Dedah Wajah Baby Ninja, Beri Nama Ungku Arsalan Haq..


Pelakon dan pelawak Jihan Muse akhirnya mendedahkan wajah anak lelakinya selepas bersalin hampir dua bulan.

Bayi comel yang popular dengan gelaran ‘baby Ninja’ itu diberi nama Ungku Arsalan Haq.
Jihan mendedahkan wajah Ungku Arsalan Haq kepada umum menerusi majlis akikah yang berlangsung di Dewan Seri Hatinie Shah Alam, semalam.

Majlis yang bertemakan ‘Arabic’ itu juga dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat antaranya Fara Fauzana, Shila Amzah dan Anita Baharom
Dalam pada itu, foto-foto gelagat ‘baby Ninja’ dan juga kemeriahan majlis akikah itu dikongsi menerusi akaun Instagram @ungkuarsalanhaq01.
Pendedahan itu sekaligus menamatkan penantian peminat yang tidak sabar untuk melihat wajah Ungku Aslan Haq sejak 26 Januari lalu.

Di sini kami kongsikan beberapa foto menarik sepanjang majlis tersebut berlangsung:



Foto: Instagram @ungkuarsalanhaq01

Teks oleh: Mya Amri

No comments

Powered by Blogger.