Header Ads

“Saya Perlu Balik Sebelum Pukul 3.30 Petang. Tak Boleh Keluar Dengan Orang Sembarangan!" - Hanez Suraya Akui Suami Cemburu..



Pelakon Hanez Suraya mengakui suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais kuat cemburu.

Kata Hanez, 33, bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan, dia cuba untuk membataskan pergaulannya dengan individu sekeliling.


"Suami saya memang kuat cemburu. Saya tidak boleh keluar dengan sembarangan orang, maklumlah status saya pun sudah berkahwin jadi boleh bercampur dengan orang sama status.

"Mula-mula berkahwin dahulu saya susah nak terima, tapi lama-kelamaan apabila dikurniakan anak saya sendiri boleh faham," katanya ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Leeyanaraya 2018 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Jelas Hanez, rutin sehariannya sibuk sebagai usahawan wanita selain menjadi suri rumah yang menguruskan segala perihal anaknya.

"Pagi saya sendiri akan menghantar anak ke sekolah. Selepas itu terus ke pejabat.

"Kalau keluar rumah pula saya perlu balik sebelum pukul 3.30 petang.


"Biasanya saya sendiri yang akan memasak untuk suami sebab dia seorang lelaki yang suka makan di rumah dan dia mahu semua ada di rumah selepas dia balik kerja," tambahnya.

Hanez dan Romie telah mendirikan rumah tangga pada 25 Mac 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Aleesya, 2 tahun.

Foto: IG @hanezsuraya

No comments

Powered by Blogger.