Header Ads

“Rindu Teramat Dalam.” Coretan Kekasih Allahyarham Emy AF 2016, Sebaknya..



Tanggal 3 April lalu, merupakan hari paling menyedihkan buat keluarga dan kenalan bekas peserta Akademi Fantasia 2016, Zahrul Hilmi Badrul Hisam atau lebih dikenali ssbagai Emy AF, 25, yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di jalan Tamparuli-Ranau, Sabah.

Image result for Zahrul Hilmi Badrul Hisam

Turut terkesan dan terasa kehilangan Emy ialah, kekasih Allahyarham, dikenali sebagai Cathy Alkantara (seperti yang digunakan di Facebook).


Semalam, Cathy telah memuat naik beberapa status di Facebook (FB) seolah-olah sedang menggambarkan perasaannya ketika ini.

Rasa rindu dan kehilangan yang paling dirasai Cathy ketika ini.


Antara yang paling menyentuh hati ialah sebuah entri Cathy mendedahkan sikap Allahyarham yang disenangi ramai.

“Kaulah sebaik-baik lelaki yang aku pernah kenal. Tidak pernah berkasar, pemurah, menghormati orang lain dan tidak pernah marah.


“Ketika kau hidup kau sentiasa menjaga makan minum saya, sanggup hantar makanan dari jauh ketika saya sakit dan tidak pernah mengalah untuk mencintai saya sehingga hujung nyawa mu,” luahnya.


Turut menyentuh perasaan para sahabatnya di FB apabila Cathy menghantar pesanan Whatsapp kepada Emy, namun tiada lagi jawapan seperti sebelum ini.

Bukan untuk membuktikan apa-apa, cuma menghilangkan rasa rindu (mungkin).


Bagaimanapun rata-rata mereka meminta agar Cathy bersabar dan tabah dengan dugaan dihadapi dan redha dengan pemergiaan Allahyarham.


Terdahulu, Emy dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan lori di laluan bertentangan.

Allahyarham yang berasal dari Tuaran, Sabah merupakan anggota kumpulan Buska Basker dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Simpangan Tuaran, pukul 9 pagi tadi (Khamis).


No comments

Powered by Blogger.