Header Ads

'Orang Minyak' Serang Kampung, Remaja Perempuan Trauma Dipalit Minyak, Dicekik Leher Sebelum Separuh Sedar..



KUBANG KERIAN: Penduduk Kampung Pengkalan Demit di sini yang mempunyai anak dara sunti meningkatkan pengawasan anak mereka dari menjadi sasaran gangguan pelaku yang didakwa 'orang minyak'.

'Orang minyak' buat onar, pukau dan cabul gadis sunti
Sosok misteri didakwa orang minyak yang dirakam penduduk. -Astro AWANI

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung (JKKP) Mukim Pulau, Izam Mohd Noor, sebelum serangan ke atas remaja berusia 17 tahun sebelum ini, 'orang minyak' dikatakan mengganggu penduduk dengan balingan batu ke arah rumah dan tingkap.


Jelasnya, gangguan sejak sebulan lalu itu menyebabkan penduduk sepakat mengadakan rondaan dan berjaga sepanjang hari secara bergilir-gilir.

"Operasi ini bermula apabila menerima berita ada orang membaling batu ke arah rumah penduduk kampung. Kami sangkakan ini angkara kanak-kanak yang bermain. Itu yang tercetusnya rondaan yang kami buat sejak bulan lalu," katanya.

Image result for orang minyak

Selain itu tambahnya, anggota polis turut melakukan rondaan di kampung berkenaan.

Namun dakwanya,'orang minyak' itu sukar dilihat apatah lagi untuk menangkapnya.


Selain itu kata Izam, penduduk juga turut mengadakan solat hajat dan bacaan al-Quran bagi menghalau gangguan 'orang minyak' yang hanya dikatakan berlegar di kampung berkenaan sahaja.

Sementara itu mangsa serangan orang minyak pada Ahad berkata, dirinya seolah-olah dipukau sebelum tangan dan kakinya diikat.

"Dia mencalit sesuatu berminyak di pipi. Selepas itu dia mengikat kaki dan tangan saya ke belakang. Bahagian perut saya juga diikat sehingga sukar untuk nak bernafas.


Kesan cedera di kaki mangsa yang dikatakan akibat orang minyak. - Astro AWANI/Muhafandi Muhamad

"Selepas diikat, dia cuba untuk menghiris tangan saya menggunakan kaca tapi tak sempat sebab jiran yang membuat rondaan naik ke rumah. Lepas tu dia mencekik tengkuk saya sebelum melarikan diri melalui tingkap.

"Saya tak tahu makhluk ke apa, saya pun pening tak tahu apa," ujarnya.

Katanya, dia tidak dapat mengecam orang minyak berkenaan kerana berada dalam keadaan separuh sedar.


Jelasnya, orang minyak itu berbadan kurus dan diselaputi minyak hitam tanpa bau.

Mangsa mengakui trauma dengan serangan itu selain badannya masih lagi lemah.

Dalam pada itu, penduduk kampung berkenaan turut meminta bantuan pakar yang boleh membantu menghalau gangguan makhluk berkenaan.

Kredit: Astro Awani

No comments

Powered by Blogger.