Header Ads

Mesra Bonanza Petronas Sedia Hadiah RM3.5 juta l Hanya Leretkan Kad Mesra Petronas Je!!



KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd (PDB) melancarkan kempen terbesarnya di seluruh negara, Mesra Bonanza sekali gus menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM3.5 juta.  

Ketua Perniagaan Runcitnya, Aadrin Azly berkata kempen yang bermula pada 16 April hingga 31 Disember tahun ini akan memberi peluang kepada lebih 1,600 pemenang untuk membawa pulang wang tunai, mata ganjaran Mesra, pakej percutian, gajet dan motosikal.  
Beliau berkata, kempen itu menyediakan sebanyak 165 hadiah setiap bulan dan 44 hadiah utama bagi setiap dua bulan.
"Antara hadiah utama Mesra Bonanza adalah pakej percutian penuh menyaksikan perlumbaan Formula One (F1); wang tunai berjumlah RM50,000; pakej percutian ke New Zealand, Jepun, Korea dan Hong Kong; pakej umrah; motosikal Yamaha dan televisyen pintar Samsung.  

"Hadiah bulanan pula terdiri daripada telefon pintar Samsung S9, kamera aksi GoPro Hero6 Black, set mainan Lego Speed Champion, baucar beli-belah bernilai RM500 di Lazada dan Watsons serta mata ganjaran Mesra bernilai RM1,000.  
"Bagi merebut semua hadiah istimewa ini, pelanggan cuma perlu berbelanja RM30 dalam satu resit bagi bahan api petrol dan diesel termasuklah barang di Kedai Mesra," katanya pada majlis pelancaran Mesra Bonanza.  
Hadir sama Ketua Pemasaran Runcit PDB, Abang Jimmy Abang Mordian.  
Kempen Mesra Bonanza ini turut disokong oleh rangkaian rakan niaga PDB seperti CIMB, Maybank, Watsons, Lazada dan Samsung.  
Aadrin berkata, bagi memperoleh hadiah utama, pelanggan hanya perlu mengumpul jumlah pembelian sehingga RM500 dalam tempoh dua bulan.  
"Kami sentiasa mengutamakan penghargaan kepada pelanggan selain mengambil kira cabaran ekonomi semasa.  Untuk menjadikan kempen ini lebih bermakna, kami turut jalankan soal selidik bagi mendapatkan apa ganjaran yang sering diidamkan oleh para pelanggan setia Petronas," katanya.  
PDB yakin kempen Mesra Bonanza adalah kempen yang dinantikan oleh pelanggan memandangkan ia kempen terbesar dengan syarat mudah, iaitu hanya meleretkan Kad Mesra dan menang.

No comments

Powered by Blogger.