Header Ads

"Maafkan Saya, Saya Bukan Anak Yang Baik," Sempat Tulis Nota Sebelum 'Cabut Nyawa'..

Anggota polis membuat siasatan di lokasi seorang lelaki yang dijumpai mati di Tokong Budha Lim Fan Sah, Jalan Tabuan, Kuching. - Foto Jannah Kho

KUCHING: "Maafkan saya, saya bukan anak yang baik," demikian nota terakhir ditinggalkan seorang lelaki sebelum membunuh diri di Tokong Buddha Lim Fan Sah, Jalan Tabuan, di sini, petang semalam lapor Berita Harian.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditemui berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di dalam kereta oleh seorang pekerja tokong berkenaan jam 5 petang.


Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, lelaki terbabit menggunakan senjata tajam untuk menggelar pergelangan tangan kiri dan kanan selain terdapat koyakan pada dahi dan kaki kanan.

Menurutnya, berdasarkan rakaman litar tertutup tokong berkenaan, lelaki terbabit dilihat memandu masuk ke kawasan tokong jam 1.40 petang.

"Pekerja tokong yang kebetulan melalui di kawasan berkenaan kemudian meninjau kereta berkenaan sebelum menemui lelaki terbabit dalam keadaan berlumuran darah.

Seorang lelaki yang dijumpai mati di Tokong Budha Lim Fan Sah, Jalan Tabuan, Kuching. - Foto Jannah Kho


"Sepasukan polis dari Balai Polis Sentral kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menemui nota ditulis dalam Bahas Cina oleh lelaki terbabit yang meminta maaf kerana tidak menjadi anak yang baik.


Katanya, lelaki yang bekerja sebagai buruh anak kedua daripada tiga beradik yang berasal dari Kuching.

"Polis juga menemui sebilah pisau yang digunakan lelaki terbabit untuk mencederakan dirinya di dalam kereta berkenaan," katanya.

Ah Lek berkata, mayat lelaki terbabit dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Nota (maafkan saya bukan anak yang baik) yang ditinggalkan seorang lelaki yang dijumpai mati di Tokong Budha Lim Fan Sah, Jalan Tabuan, Kuching. - Foto ihsan PDRM

No comments

Powered by Blogger.