Header Ads

"Kami Bina Sekolah, Tapi Dibedil Pasukan Pemberontak.” Trump Umum Pengunduran Tentera AS Dari Bumi Syria..



OHIO: Selepas beberapa tahun tentera Amerika Syarikat berada di bumi Syria akhirnya Presiden Donald Trump pengunduran pasukan tenteranya.

Namun, Trump tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung tarikh sebenar pengunduran tenteranya itu.

" Kami akan keluar dari Syria tidak lama lagi.

"Biar pihak lain yang mengambil tanggungjawap kami itu." jelasnya dalam ucapan di Richfiled, Ohio pada Khamis.


Kenyataan terbaharu Trump itu juga dibuat selepas mendakwa berjaya menumpaskan kumpulan militan di negara bergolak itu.

Menurut Trump, pengunduran tersebut adalah sebahagian pelan penjimatan yang ingin dilakukannya selain menggunakannya untuk pembangunan semula bandar-bandar yang musnah di Syria.

Jelasnya, AS telah membelanjakan AS$7 trilion di timur tengah termasuk pembangunan semula sekolah-sekolah walaupun usahanya itu akhirnya dibedil pasukan pemberontak.

"Kami bina sekolah, mereka letupkan,

"Dan sekarang kami bina dan baik pulih semula sekolah terbabit, namun buat masa mereka belum membuat keputusan untuk meletupkannya." jelasnya.


Hasrat pengunduran yang dibuat Trump pada Khamis pernah dinyatakannya pada pertemuan bersama Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull februari lalu di Washington.

"Kami berada di sana (Syria) atas satu alasan iaitu untuk menghapuskan militan daish dan kami akan pulang.


" Kami tidak berada di sana atas sebab lain dan kini kami telah mencapai hasrat sebenar kami itu." jelasnya.

Dalam ucapan tersebut trump turut memaklumkan penglibatannya di semenanjung korea dan menjelaskan terdapat 32,000 anggota tenteranya berada di Korea Selatan bagi membantu negara itu menjaga sempadannya dengan Korea Utara.

Sumber: Astro Awani

No comments

Powered by Blogger.