Header Ads

Guru ini sanggup menunggang motor 65km sehari untuk mengajar. Sanggupkah kita?


Pengorbanan seorang guru, mengajar di pedalaman sangat besar. Kali ini kami kongsikan kisah #PengejarImpian, perjalanan seorang guru Ahmad Saidin bin Mohd Idris yang berusia 40 tahun sanggup menunggang motor sejauh 65km sehari untuk mengajar anak-anak di Sekolah Kebangsaan Lenjang.

Guru ini yang dikenali sebagai Cikgu Saidin merupakan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum di sekolah tersebut.

Keluar rumah seawal 5 pagi untuk ke sekolah!

Cikgu Saidin akan keluar pada pukul 5 pagi menunggang motosikal untuk ke sekolah dan akan berhenti di surau Pos Betau untuk solat Subuh kemudian menyambung semula perjalanan ke sekolah.




Separuh perjalanan, beliau melalui jalan biasa dan juga jalan berturap penuh dan separuh lagi melalui jalan yang cukup mencabar.

“Walau apa yang saya tempuhi benda yang susah, ia adalah satu benda yang berbaloi. Sebab kejayaan itu yang saya akan kongsikan dengan semua orang yang ada dalam hidup saya.”

Cikgu Saidin sanggup menempuh perjalanan yang sukar, untuk berkongsi ilmu dengan anak muridnya.




“Saya akan cuba pastikan impian-impian mereka tercapai. Sama ada dalam kehidupan atau pendidikan.” – Cikgu Saidin

Dari dulu sehingga hari ini, Cikgu Saidin sedaya upaya pastikan impian-impian anak muridnya tercapai. Tak kira dalam kehidupan atau pendidikan.

Perjalanan jauh, penyelenggaran motosikal sangat  penting.

Memandangkan motosikal adalah penggunaan utama Cikgu Saidin untuk ke sekolah, penyelaggaran kecil akan dilakukan seperti menukar minyak pelincir dan menukar filter minyak (oil filter) enjin motor.


Beliau akan melakukan rutin ini setiap 1,000km. Saya akan tukar dan menggunakan minyak pelincir PETRONAS Sprinta untuk memastikan enjin motorsikal berjalan lebih lancar.

Cikgu Saidin seorang yang rajin - Isteri

Menurut isteri Cikgu Saidin, beliau seorang yang sangat rajin. Setiap hari rutin selepas balik rumah, beliau akan ambil anak dan jaga terlebih dahulu.

Tiada istilah keluar melepak selain melepak dengan anak dirumah sahaja.



Pernah kecewa dengan keputusan peperiksaan, jadikan teladan.

Cikgu Saidin pernah kecewa pada satu ketika dahulu dalam keputusan peperiksaan, dan isteri beliau adalah salah seorang yang akan nampak dengan jelas wajahnya yang kecewa.

“Isteri saya sangat kuat untuk saya. Dia akan berikan kata-kata semangat dan nasihat kepada saya bahawa, yang lepas let it go. Rancang perkara baru.” – kata beliau dengan nada sebak.




“Bila saya kenangkan balik, kejayaan itu saya akan kongsi bukan sahaja dengan keluarga di sekolah tapi dengan keluarga dirumah.”

Sebenarnya, masih ramai cikgu-cikgu seperti Cikgu Saidin. Tahniah kami ucapkan kepada guru-guru Malaysia yang sanggup menempuh cabaran sebegini untuk mendidik anak-anak.


Kisah ini dibawakan oleh PETRONAS. #PengejarImpian #PETRONASSprinta

No comments

Powered by Blogger.