Header Ads

“Doakan Anak Bongsu Sy NUR RAUDHAH BATRISYIA Yg Tlah 10hari Berada Dlm Icu.” Anak Azrul Raja Lawak Masih Di ICU Tetapi Semakin Stabil..


Pelakon dan pelawak, Azrul Zaidi yang berkongsi kisah anak bongsunya yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kelmarin, kini dilaporkan stabil.

Kelmarin, Azrul memuat naik sekeping gambar anaknya itu, Nur Raudah Batrisyia yang berada di ICU selama 10 hari masih terus menerima rawatan.

Menurutnya, doktor mengambil air tulang belakang anaknya itu untuk mengkaji jangkitan kuman yang sudah merebak ke otak.
Status Azrul di Instagramnya itu mendapat perhatian netizen yang bersimpati dengan nasib si kecil itu.
Selepas menerima rawatan dan perhatian daripada doktor di Hospital Serdang, keadaan anak Azrul itu semakin stabil tetapi masih diberi pemantauan doktor dari masa ke semasa.

Katanya, doktor masih menunggu ujian selepas proses mengambil air tulang belakang anaknya itu untuk menentukan jenis ubat antibiotik yang sesuai untuk rawatan seterusnya.



No comments

Powered by Blogger.