Header Ads

Dilahirkan Pra Matang Dengan Berat Hanya 364 Gram, Saksikan Bagaimana Reaksi Pasangan Ini Apabila Pertama Kali Memegang Bayi Kecil Mereka..



Pertama kali memegang bayi yang dikandung selama 9 bulan merupakan detik yang dinanti-nantikan oleh majoriti ibu bapa. Namun bagi Angela dan Michael Bakker, mereka terpaksa bersabar selama dua minggu selepas kelahiran puteri sulung sebelum dibenarkan untuk memegang bayi comel itu.


Hal ini demikian kerana bayinya dilahirkan pramatang sewaktu usia kandungan mencecah 25 minggu.


Melahirkan bayi 15 minggu lebih awal dari tempoh yang sepatutnya menyebabkan para doktor tidak memberikan harapan yang terlalu tinggi buat Angela dan suaminya. Menurut doktor, peluang untuk bayi itu hidup adalah sangat tipis.


Bagaimanapun, pasangan ini telah pun bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


Hari demi hari, dengan bantuan dan dedikasi daripada para kakitangan perubatan, bayi yang dinamakan Naomi Joy ini semakin sihat. Selepas berusia dua minggu, Naomi akhirnya dibenarkan bertemu dengan kedua-dua orang tuanya.


Detik berkenaan pastinya menjadi detik yang sangat indah bagi Angela dan Michael. Walaupun Naomi begitu kecil dan ringan (364 gram sahaja), mereka ternyata amat bersyukur dengan kurniaan tersebut.


Sesungguhnya, Naomi merupakan seorang bayi yang kuat! Si comel ini mampu menguatkan semangat dalam meneruskan hidup demi membahagiakan hati kedua ibu bapanya.


Lihatlah wajah kegembiraan dan mata Angela yang bersinar sebaik sahaja dapat merangkul puteri kesayangannya buat pertama kali.



Kini, Naomi Joy telah membesar menjadi seorang anak yang comel dan manja!

Indah, detik yang sungguh menyentuh perasaan!



Kredit: erabaru

No comments

Powered by Blogger.