Header Ads

'Didera Serta Dipukul Dengan Paip Dan Pisau Panas.' 8 Kanak-Kanak Perempuan Diculik Jadi Mangsa Dera Wanita Warga Emas, Ditemui Dikurung Dalam Rumah Pangsa..



LAPAN budak perempuan ditemui dikurung dalam sebuah rumah pangsa di Goa dengan kecederaan akibat didera termasuk menggunakan pisau panas.

Dalang kejadian ini dipercayai seorang wanita berusia dalam lingkungan 60-an.

Kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun itu juga mendakwa dipukul dengan paip.


Suspek berusia 65 tahun, Venus Habib mendakwa kanak-kanak itu adalah anak angkatnya, demikian kata Inspektor Nolasco Raposo kepada agensi berita tempatan, PTI.

Polis Goa telah menyelamatkan semua mansa selepas menerima aduan penduduk setempat yang mendapati mangsa mengalami kecederaan ketika hadir pada majlis di sebuah gereja.


Penduduk terbabit mengambil peluang bertanyakan kepada kumpulan kanak-kanak itu, sebelum mangsa mendedahkan kejadian yang menimpa mereka.

"Sepasukan polis menyerbu kediaman Habib dan menemui kanak-kanak perempuan itu. Mangsa turut mengakui didera dan mendakwa suspek menggunakan saluran paip dan pisau panas hingga mencederakan tangan serta kaki mereka hanya kerana perkara remeh," kata Raposo.


Susulan itu, kertas siasatan terhadap Habib dibuka mengikut Seksyen 363 iaitu kesalahan menculik dan Seksyen 324 (sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata) Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Kanak-Kanak Goa.

Semua mangsa dera itu telah dihantar ke rumah perlindungan yang dikendalikan kerajaan Goa di Merces.



No comments

Powered by Blogger.