Header Ads

"Dia Bangun Dengan Kesan Darah Di Seluruh Bantal Dan Tempat Tidur.' Pelbagai Cara Digunakan, Akhirnya Ibu Ini Kongsikan Rawatan Ekzema Dengan Harga RM23!



Pada mulanya, Joanne Nevin, 28, dari Ballynahinch, Ireland Utara, hanya melihat tanda-tanda ekzema pada siku dan kaki bayinya, Kelisha yang berusia 3 bulan.

© Video |Belfast Live

Tetapi semakin hari, ekzema tersebut mula merebak ke wajah dan kepala Kelisha sehingga menimbulkan kesakitan dan ketidakselesaan kepada bayi kecil itu. 


Kelisha juga dilihat selalu menggaru wajahnya sehingga wajahnya kemerah-merahan.


Kulit merah dan licin Kelisha bahkan menarik perhatian orang ramai di sekelilingnya. Ramai yang ingin tahu apa yang berlaku kepada bayi ini sehingga kulitnya menjadi seperti itu. Keadaan tersebut membuatkan Nevin berasa tidak selesa dengan pandangan umum terhadap anaknya.


Walaupun Nevin telah membawa Kelisha berjumpa pelbagai doktor dan ahli pediatrik, krim steroid yang mereka gunakan hanya memberi kesan jangka masa pendek. 


Menurut pengarah Hospital Perubatan Korea Pyunkang di Korea mengatakan bahawa steroid tidak boleh digunakan dalam apa jua keadaan, sekalipun untuk ekzema.


Keadaan bertambah teruk apabila steroid yang digunakan bahkan telah menyebabkan kulit Kelisha berdarah. Setiap pagi, dia bangun dengan kesan darah di seluruh bantal dan tempat tidur.

Melihat Kelisha dalam kesakitan, Nevin berasa patah hati. “Saya berasa sedih sehingga saya menangis setiap hari.”

Merasa tidak berdaya, Nevin mencuba pelbagai cara untuk mengubati ekzema Kelisha; Walau bagaimanapun, semua usaha hanyalah sia-sia.
“Tiada apa yang boleh saya lakukan,” katanya.


Mujurlah, pada bulan Jun 2017, Nevin mencuba krim pelembap bayi jenama Childs Farm yang dijual di dalam talian. Dia membeli krim itu dengan harga hanya £ 4.50 (RM23.21) dan mencubanya pada Kelisha yang berusia 6 bulan ketika itu.

Hanya dalam masa 4 minggu, “Kelisha seperti bayi yang lain,” kata Nevin kepada Belfast Live.
Ekzema yang ada pada wajah si kecil itu telah hilang sama sekali!

“Dengan keadaan seperti ekzema, menggunakan pelembab secara kerap adalah penting. Keadaan ini (ekzema) membuatkan kulit kering, menyebabkan ia merekah dan menyakitkan. jadi, penggunaan pelembap lembut dapat melegakan dan menghidratkan kulit yang teriritasi dan boleh menyembuhkannya,” kata ahli perunding dermatologi Childs Farm Dr. Jennifer Crawley.

Sekarang Kelisha telah sembuh membuatkannya tersenyum sepanjang masa!

Siapa sangka dengan produk yang agak murah penyakit si kecil ini dapat disembuhkan! Kelisha kini tidak lagi berhadapan dengan sakit kulit yang menyebabkan ketidakselesaan kepadanya.



No comments

Powered by Blogger.