Header Ads

"Beliau Hebat Ledak 43 Gol, Tapi Beliau Lagi Hebat Kerana Berjaya Utamakan Solatnya' - Mufti Wilayah



QALAM MUFTI #5 MOHAMED SALAH

1. Jika ada kelapangan, adakalanya saya menyelak helaian belakang akhbar untuk mengikuti perkembangan sukan bolasepak. Sukan yang menyatukan pelbagai bangsa, agama dan negara atas satu semangat kesukanan.

2. Antara personaliti yang menarik minat saya kini adalah bintang Liverpool, Mohamed Salah. Pada mulanya, saya menganggap beliau hanya sebagaimana pemain Muslim lain dalam English Premier League seperti Paul Labile Pogba, Ismail Bennacer, Mesut Özil, Granit Xhaka dan lain-lain.


3. Namun, lirik lagu I"ll be Muslim Too yang dinyanyi penyokong Liverpool untuk Mohamed Salah menyebabkan saya semakin tertarik untuk mendekati beliau. Kejayaan demi kejayaan yang dirangkulnya jika dilihat daripada perspektif yang lebih luas, bukan sahaja kerana kelincahan beliau tetapi juga adalah kerana sikap beliau yang begitu menjaga solat dan hubungannya dengan Allah SWT. Melihat kepada latar belakang hidupnya, benarlah disiplin solat telah berjaya mengubah hidupnya menjadi apa yang anda lihat hari ini.


4. Saya yakin, dengan ledakan 43 gol dalam semua perlawanan bersama Reds musim ini, beliau akan pergi lebih jauh dan cemerlang dengan sikapnya yang memelihara hak Allah SWT sebagai Tuhan dan tuntutan beliau sebagai hamba-Nya. Yakinlah, kejayaan yang hakiki jua bersama dengan hamba-hamba-Nya yang memelihara solat.


5. Sebenarnya, itulah juga yang ingin disampaikan oleh Salah kepada semua penyokong Liverpool yang beragama Islam; kita akan berjaya dengan mengutamakan-Nya dalam semua perkara. Solatlah walau di mana jua kita berada.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Mufti Wilayah Persekutuan


Instagram: @drzulkifli.albakri
Twitter: drzul_albakri
Telegram: http://t.me/drzulalbakri

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.