Header Ads

Anak Kucing Terbiar Ditemui Di Bawah Rumah, Apabila Didekati Sesuatu Yang Aneh Dilihat Pada Wajahnya..



Ciptaan Tuhan itu Maha Agung dan kadangkala agak luar biasa seperti yang dilihat pada seekor anak kucing yang unik ini. Kenali Frankie, seekor anak kucing bertelinga empat dan bermata satu. Sebuah keluarga menemui anak kucing ini sedang tidur di bawah rumah mereka dan dengan segera telah membawa anak kucing ini ke dalam rumah dan menjaganya.


Frankie dan abangnya telah dijaga oleh keluarga ini sebelum mereka dibawa ke Persatuan Kebajikan Haiwan Geelong (GAWS) di Victoria, Australia, di mana ia telah diberikan perhatian dan bantuan perubatan.


Si kecil Frankie yang telah dinamakan bersempena watak Frankenstein mengalami penyakit mata yang telah dijangkiti sejenis bakteria, dan ia telah dibawa dengan segera untuk menjalani pembedahan untuk membuang matanya yang telah dijangkiti dengan teruk.

Dengan empat telinga yang dimilikinya serta bermata satu, Frankie menjadi seekor kucing yang unik.


Selepas pembedahan, Frankie telah dibawa pulang oleh seorang pekerja GAWS bernama Georgi dan dijaga olehnya supaya anak kucing ini akan dapat pulih dalam keadaan yang selesa.

Tetapi tiba-tiba Georgi telah jatuh cinta dengan kasih sayang dan belaian manja Frankie lalu telah membuat keputusan untuk tidak memulangkannya ke rumah perlindungan.


Kata Georgi, “Dalam masa beberapa jam bersamanya di rumah, hati saya menjadi terpaut kepadanya kerana menyedari terdapat sesuatu yang istimewa dengan Frankie dan saya tidak boleh menahan diri dari berfikir sama ada mampu memulangkannya kembali.”


Semasa bekerja di rumah perlindungan haiwan, Georgi telah menjaga dan menyerahkan 80 ekor kucing dan anak kucing dalam jangka masa setahun, tetapi Frankie merupakan satu-satunya kucing yang dia mempunyai masalah untuk menyerahkannya kembali. Jadi, akhirnya Georgi telah membuat keputusan untuk memeliharanya sebagai kucing sendiri.

Selepas pemeriksaan kesihatan, didapati telinga berlebihan Frankie adalah disebabkan oleh kecacatan genetik, juga menyebabkan rahang dan gusinya ke hadapan. Frankie perlu menjalani satu sesi pembuangan gigi pada masa hadapan untuk mengelak gigi yang tumbuh akan menutupi mulutnya.


Dengan perbelanjaan rawatan kesihatan dan perubatan yang diberikan kepada Frankie pasti amat sukar bagi Georgi yang tidak mampu membiayai kesemuanya. Akan tetapi, GAWS telah berbesar hati menanggung segala perbelanjaannya termasuk kos pembedahan dan rawatan pemulihan selepas itu. Mereka berpendapat ‘setiap nyawa itu amat berharga’.

Dan bukan Georgi seorang sahaja yang telah jatuh dengan si kecil Frankie. Anak lelakinya, Arthur juga telah menjadi kawan baik Frankie, dan anak kucing yang manja ini amat suka menghabiskan masa bersama manusia dan tahu mengambil hati mereka.


Georgi telah membawa Frankie melawat seorang warga emas yang telah berusia 90 tahun, dan dia amat gembira melihat kucing luar biasa bertelinga empat ini sehingga tidak mahu melepaskan Frankie dari pangkuannya.

Rupa-rupanya Frankie seekor kucing yang mampu memaut hati orang lain dengan pandangan dan renungannya yang sangat comel. Frankie si pencuri hati manusia…


Frankie terus mencurahkan kasih sayang dan belaian kepada penjaga dan pelindungnya, dan amat suka memeluk dan berdamping dengan manusia kegemarannya.

Walaupun keadaan genetik Frankie amat unik dan jarang terdapat pada kucing lain, ada juga beberapa keadaan tertentu bagi kucing lain yang mengalami keadaan hampir sama sepertinya, dan haiwan comel ini mampu mendapat pelindungan dari pemilik penyayang dan rumah mereka yang baru.


Atas jasa baik mereka yang berhati mulia, keadaan sukar haiwan malang ini mampu diubah, seperti si comel Frankie yang secara berterusan mendapat perhatian dan kasih sayang yang ia amat berhak menerimanya.






Kredit: Era Baru

No comments

Powered by Blogger.