Header Ads

“Wanita Yang Ambil Kanak-Kanak Terbabit Adalah Ibu Kandung Mereka.” Susulan Kes 2 Kanak-Kanak Dilarikan Di Taska..



Perkembangan terkini dua kanak-kanak yang juga merupa adik beradik yang dilaporkan telah diambil individu yang dikenali dari sebuah tadika di Petaling Jaya, polis mengesahkan mereka diambil oleh ibu kandung kanak-kanak berkenaan, lapor Harian Metro

Sumber polis berkata, pihaknya mendapati wanita yang membawa kanak-kanak terbabit adalah ibu kandung mereka. 


"Pihak kami sudah meneliti beberapa aspek dan mendapati wanita yang membawa keluar kedua-dua kanak-kanak berkenaan adalah ibu kandung mereka," katanya kepada Harian Metro

Terdahulu, dua kanak-kanak berkenaan dilaporkan telah dilarikan tiga individu termasuk seorang wanita dari tadika berkenaan selepas memaklumkan kepada guru tadika kononnya mahu membawa mereka membuat pemeriksaan kesihatan dan bapa mereka mengetahui perkara itu.

BACA:‘ALASAN UNTUK BAWA KE KLINIK.’ 2 BERADIK HILANG DICULIK OLEH3 INDIVIDU DARI TADIKA DI PETALING JAYA..


Bagaimanapun, kehilangan Raheel Khan dan Aley Reyhana itu hanya disedari ketika ibu saudara mereka hadir untuk mengambil mereka pulang sebelum dimaklumkan guru tadika bahawa ada seorang wanita yang mengambil mereka pada jam 9 pagi hari kejadian. 





Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya sedang mengesan wanita terbabit untuk membantu siasatan.

No comments

Powered by Blogger.