Header Ads

Video Orang Utan Dalam Zoo Hisap Rokok Yang Dicampak Oleh Pengunjung Jadi Tular Mendapat Kecaman Netizen..



BANDUNG: Seekor orang utan di sebuah zoo di Bandung, Indonesia telah dirakam menghisap rokok di kawasan kepungannya, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi orang awam.

AFP melaporkan, video yang dirakam pada Ahad lalu itu menunjukkan haiwan tersebut mengutip sebatang rokok yang sengaja dicampak ke dalam kawasan kepungannya oleh seorang pengunjung, dan kemudian mamalia itu menghisapnya seperti sudah biasa dengan tabiat itu.


Aksi orang utan berusia 22 tahun bernama Ozon itu begitu cepat menjadi tular di republik berkenaan.

Itu bukan kali pertama orang utan dilihat cuba menghisap rokok di Indonesia - iaitu sebuah negara yang mempunyai rekod buruk dalam hal perlindungan haiwan.

Pada 2012, seekor mawas di sebuah zoo lain menjadi 'penagih' nikotin selepas sering mengutip puntung rokok yang ditemuinya.


Jurucakap Zoo Bandung, Sulhan, pada Rabu berkata, insiden itu amat dikesali.

Tambahnya, memang terdapat petugas zoo yang mengawasi setiap kawasan kepungan haiwan, namun ketika itu dia terpaksa meninggalkan seketika kerana perlu ke tandas.

"Sebenarnya terdapat papan tanda amaran di zoo yang melarang pengunjung memberi makanan atau rokok kepada haiwan," ujar Sulhan.

Para aktivis hak haiwan mengutuk tindakan pengunjung berkenaan, serta menegaskan tentang kelemahan sistem pengurusan zoo di Indonesia.


Ini termasuk hal menjaga kebersihan, kawalan keselamatan, pengurusan pemakanan dan penyediaan kawasan yang kondusif.

Tahun lalu, para aktivis mendesak penutupan Zoo Bandung selepas sekumpulan beruang matahari dilihat meminta makanan dari pengunjung selain memakan najis sendiri.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.