Header Ads

(VIDEO) 'Ia Bergerak Sangat Pantas'. Terkejut! Rakaman Baru Juruterbang AS Terserempak Dengan UFO Terbang Di Permukaan Laut?



"WOW, apa tu?"Video dan audio baharu yang disahkan menunjukkan juruterbang Tentera Laut AS didakwa bertembung dengan UFO tanpa sayap dan tidak berekor ketika mereka terbang dengan jet pejuang Boeing F/A-18 Super Hornet di sepanjang Pantai Timur pada 2015.


"Apa...benda apakah itu?" seorang juruterbang dapat didengar berkata dalam video tersebut.

"Oh, tengok tu kawan! Tengok yang sedang terbang tu!," kata seorang lagi.

Related image

Menurut satu laporan di ABCNews.com, rakaman 35 saat itu yang dirakamkan oleh kamera infra merah di atas jet pejuang F/A-18 yang bergerak setinggi 25,000 kaki, dikeluarkan oleh 'To the Stars Academy of Arts and Science (TTSA), sebuah penyelidikan saintifik dan kumpulan media swasta pada Jumaat.


Ia diketuai oleh penasihat Jabatan Pertahanan AS dan NASA, Hal Puthoff, serta bekas pegawai Agensi Perisikan Pusat, James Semivan.

Jabatan Pertahanan enggan mengulas mengenai video itu.

Video ini muncul selepas dua video lain tentang penampakan objek yang dikatakan UFO dilihat juruterbang Tentera Laut AS diterbitkan oleh The New York Times pada Disember.


Dalam salah satu pertemuan itu, juruterbang David Fravor dan Komander Jim Slaight, yang terbang dari pantai California Selatan dengan F/A-18F Super Hornets, menggambarkan melihat objek berbentuk oval melayang di atas laut.

Apabila mereka terbang lebih rendah untuk melihatnya, Fravor berkata "ia bergerak pantas seperti tiada apa yang saya lihat sebelum itu".

Fravor berkata dia bingung dengan apa yang dilihatnya dalam insiden pada 2004 itu. -USA Today

VIDEO:





No comments

Powered by Blogger.