Header Ads

(VIDEO) “Hinanya Aku Sebagai Seorang Ibu!! Aku Kandungkan Dia 9 Bulan, Tapi Kini Dapat Jenguk Luar Pagar Je,” Ibu Ini Luah Rasa Sedih 7 Bulan Dipisahkan Dengan Anak..



Ibu yang mana tidak sedih bila ada pihak yang cuba untuk memisahkan mereka dengan anaknya. Apabila dah dikandungkan 9 bulan kemudian terpaksa menanggung kesakitan saat melahirkan dan akhirnya dipisahkan dari ibunya.

Seorang ibu yang meluahkan perasaannya di laman Facebook selepas hanya boleh berjumpa dengan anaknya di luar pagar sekolah sahaja. Dia yang dikenali sebagai Nat Natrah berasa sangat sedih apabila sudah 7 bulan tidak bertemu anaknya, Aiden.


Dia juga mendakwa, tidak dapat melepaskan rasa rindunya yang hanya mampu melihat anaknya dan tak boleh peluk dan cium anaknya sendiri.

Jom ikuti luahan hati si ibu ini. Semoga menjadi pedoman buat kita semua.


  • Hinanya aku sebagai seorang ibu!! 
Anak aku kandung 9bln & aku lahirkan sendiri sampai rasa nyawa nak putus sakit meneran Aku bela, bg susu badan aku sendiri. Aku dapat jumpa aiden kat luar pagar sekolah jer. Peluk pun xdapat apatah lagi cium anak. Ya Allah.. tabahkanlah hati aku.


Kejamnya korang satu Family bersubahat & tanggung lah dosa2 pisahkan anak dgn ibu 
Jawab lah akhirat esok. Nama je Manusia Tapi hati BUSUK. Btw misi mencari anak berjaya walaupun nak masuk 7bln xjumpa aiden, Alhamdulillah. Allah Maha Kaya. Aiden Nadhief Mohd Firdaus dah boleh sebut mummy. Nasib die masih kenal, apa lah nasib anak.


Aku sedaya upaya cuba tahan marah,sebak & menangis depan aiden tadi. Even air mata xbenti juga la. Korang Jgn ingat aku diam je selama ni. Aku xcari aiden? Tunggu la soon cuba anak korang aku buat mcm ni ? Xdak akai, Allah tu Maha Adil, ape korang buat korang akan merasa balik dlm Family korang, lambat atau cepat je.




Sumber:

No comments

Powered by Blogger.